BUAT MINYAK & ADITIF KERETA SAMA MACAM BUAT KEK? SERIUS LAH?

oil or additives
oil or additives

Tahukah anda? Buat minyak dan aditif kereta sebenarnya sama seperti buat kek? Bukan secara teori, tapi secara analogi. Kalau nak faham dengan lebih mendalam lagi, jom saya terangkan dengan lebih lanjut.

Secara teorinya, sesiapa sahaja sebenarnya boleh menjadi ‘founder’ atau memulakan perniagaan minyak pelincir. Contohnya, buat minyak sendiri di kilang belakang rumah lepas tu letak cop “Made in Germany”. Untuk meyakinkan pembeli, gunakan selebriti atau influencer yang berpengaruh untuk menjadi model. Maka minyak pelincir anda akan terus diyakini ‘terbukti’ walaupun kualiti produk sama seperti produk timbang kilo. Kesannya kereta hancur dan founder pula kaya-raya sebelum lesap.

MINYAK & ADITIF KERETA

Kenapa terjadi begitu? Ini kerana mereka sudah membuat kajian tentang cara membeli sesetengah rakyat Malaysia. Yang mana ramai antara kita yang suka membeli sesuatu yang murah dengan iklan “harga murah, kualiti 5 bintang” sedangkan realitinya jauh sama sekali. Jika ianya benar, maka lebih baik jika kita beli sahaja yang murah, bukan? 

Keadaan ini sama seperti anda membuat kek. Beli mentega timbang kilo sebenarnya masih tetap boleh buat kek namun adakah rasanya sama seperti kek premium? Sudah tentu TIDAK! 

Jadi kenapa anda masih lagi percaya pada minyak pelincir yang murah dan buatan entah dari mana mampu membuatkan kenderaan anda ‘mengaum’ dengan lebih optimum? 

Jawapannya, beralih sahaja kepada produk X-1R yang sememangnya terbukti secara saintifik dan dipercayai oleh The National Aeronautics and Space Administration (NASA) – sebuah organisasi kejuruteraan terkemuka dunia. Kalau pihak NASA pun menggunakan produk X-1R kerana yakin minyaknya dibuat mengikut piawaian tertinggi maka kenapa anda tidak?

MINYAK & ADITIF KERETA
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.