McGregor Tayang Kapal Layar Lamborghini Bernilai RM 15 Juta

Sumber imej: nautica.news

Menurut akhbar Daily Mail, bintang UFC dunia yang sering mencetuskan kontroversi, Conor McGregor, telah menayang kapal layar mewah Lamborghini terbaru miliknya. Dengan harga sekitar £2.6 juta (RM 15 juta), Lamborghini Technomar 63 itu merupakan bot edisi khas, yang mana hanya 63 buah dibina di seluruh dunia.

Menurut McGregor, dia meluahkan rasa bangga kerana menjadi pemilik ke-12 yang memiliki bot mewah itu. Turut digelarkan sebagai “supercar of the sea”, bot mewah sepanjang 19.2-meter dengan berat mencecah 24 tan itu mampu mencapai 60 knots (111.12 km/j) dengan 4,000 kuasa kuda (hp).

Sumber imej: topgear.com

Jika dilihat kepada reka bentuk luaran bot mewah ini, sebenarnya ia diinspirasikan daripada kereta Lamborghini Miura dan Countach yang dibina sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an. Turut mempunyai bilik tidur peribadi di bahagian bawah, bot mewah itu turut dikuasakan dengan enjin diesel 24.2-liter V-12.

Sumber imej: robbreport.com
Sumber imej: dsf.my

Okay la tu McGregor, sekurang-kurangnya boleh la jugak bangga dengan kapal layar mewah. Nak bangga dengan kemenangan tak boleh sangat sebab baru je kalah dengan Dustin Poirier dalam UFC 264 selain mengalami kecederaan kaki.

Dengar cerita, dia ni buat lagi satu kontroversi baru iaitu dengan mempersendakan kematian ayah Khabib Nurmagomedov akibat Covid-19 dalam satu tweet. Tapi dia dah padam tweet tu. Betul ke?

Sumber imej: reuters.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.