GENG H BUAT HAL LAGI. ‘HEALING’ DI STESEN MINYAK SAMBIL MASAK MI SEGERA?

Pernah tak anda terfikir untuk berkelah beramai-ramai di stesen minyak sambil masak masakan terpaling susah iaitu mi segera? Tak pernah? Bagus! Maksudnya anda adalah orang yang bijak. Bukan seperti sekumpulan ahli kelab kereta jenama H yang nyata kotak fikiran mereka di luar kebiasaan. 

Seperti video yang tular baru-baru ini, kelihatan beberapa ahli Kumpulan kereta Honda Jazz dan City Hatchback sedang ‘healing’ beramai-ramai di stesen minyak Petron di Genting Highlands. Lagi menyedihkan, mereka ‘healing’ dengan cara paling tak masuk akal iaitu dengan memasak mi segera di stesen minyak. Apakah?

Geng kelab kereta H healing sakan! Berkelah, masak di stesen minyak...  Halang laluan, sempat berfoto kenang-kenangan - Viral | mStar
Sumber imej: mstar.com.my

Dalam video tersebut, kelihatan mereka sedang memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih selain sempat bersantai dengan meja dan kerusi lipat. Perbuatan mereka itu bukan sahaja dikutuk oleh netizen kerana menyusahkan pengguna lain malah ianya juga mengundang bahaya. Bayangkan memasak dengan menggunakan dapur gas mudah alih di stesen minyak? Sedangkan orang merokok pun tidak dibenarkan apatah lagi memasak? Entah idea bernas mana yang mereka kutip.


Sumber imej: mstar.com.my

Jadi, disebabkan video tersebut tular dengan kecaman yang hebat dari netizen Malaysia, pemilik asal video itu telah bertindak memadamkan video tersebut. Nampaknya nasi sudah jadi bubur. Satu Malaysia dah tahu perangai sekumpulan ahli kelab kamu. Nak popular ada caranya, buatlah idea dan ‘content’ yang membina. Ini tidak, masing-masing bangga tunjuk ‘kebijaksanaan’ di luar kotak ahli masing-masing. P/S: Kalau setakat mi segera, kat dorm asrama pun boleh 😂

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.