Lelaki Ini Pastikan Semua 15 Rolls-Royce Miliknya Sama Warna Dengan Turbannya

‘Singh is King’

Sumber imej: financialexpress.com

Seorang billionaire, Rueben Singh, atau turut dikenali sebagai ‘British Bill Gates’ bengang selepas mendapat beberapa komen berunsur perkauman, dimana orang menggelarkan turban yang dipakai di kepalanya sama seperti ‘bandage’.

Susulan daripada itu, dia telah bertindak dengan menggunakan kereta jenama Rolls-Royce yang mana warna kereta tersebut harus sama dengan turban yang dipakainya dalam seminggu. Sejak itu, beliau, yang juga merupakan CEO kepada AlldayPA, turut dikenali di seluruh dunia kerana memperkenalkan Rolls-Royce Turban Challenge. Bukan biasa-biasa tahap challenge dia ni. Sebab hanya orang kaya sepertinya yang mampu buat cabaran sebegini. Cuba cakap siapa lagi yang beli kereta jenama mewah mengikut tema warna turban yang dipakai?

Sumber imej: cartoq.com

Untuk pengetahuan semua, dia pernah mengejutkan peminat kereta dari seluruh dunia sebelum ini, dimana beliau pernah memberitahu hasratnya untuk ‘shopping’ kereta. Orang kaya lain mungkin ke pusat membeli-belah untuk membeli baju mewah atau barang kemas bukan? Tapi bagi Encik Rueben ni, dia telah membeli 6 buah kereta Rolls-Royce sekaligus! Tiga daripadanya ialah Phantom VIII dan selebihnya ialah Cullinan SUV. Selepas itu, dia turut menggelarkan 6 buah kereta yang dibeli itu sebagai ‘Jewels Collection’.

Adakah kesemua kereta miliknya hanya jenama Rolls-Royce? Sudah tentu tidak! Sebab beliau turut memiliki Porsche 918 Spyder, Bugatti Veyron, Pagani Huayara, Lamborghini Huracan, Ferrari F12 Berlinetta (edisi terhad) dan turut mempunyai beberapa jet peribadi. Untung lah!

Sumber imej: cnbctv18.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *