Koleksi Kereta Khabib Nurmagomedov

Sumber imej: gallery.ykt.ru

Siapa yang tak kenal dengan Khabib Nurmagomedov? Dia merupakan bintang MMA dari Rusia dan juga juara lightweight UFC yang sedang berada di kemuncak karier sebelum mengumumkan keputusan untuk bersara secara rasmi daripada sukan MMA. Dalam pertarungan UFC 254 di Abu Dhabi sekitar bulan Oktober 2020, dia menumpaskan Gaethje dan sekali gus bersara dengan rekod 29 kemenangan tanpa kalah. Tapi, antara banyak-banyak pertarungan, sudah tentu yang paling banyak liputan dan kontroversi adalah semasa pertarungannya bersama Conor McGregor dalam UFC 229.

Sumber imej: forbes.com

Kini, dengan jumlah kekayaan (net worth) sehingga US$40 juta (RM 166 juta), sudah tentu dia mempunyai koleksi peribadi kereta yang sesuai dengan statusnya sebagai lagenda MMA. Daripada kereta pertama, Lada Priora sehingga Ferrari, jom kita intai koleksi kereta Khabib Nurmagomedov.

1. Lada Priora

Sumber imej: verst.com.my

Mungkin ramai antara rakyat Malaysia yang tak kenal dengan jenama kereta ni kan? Lada Priora merupakan model kereta keluaran syarikat automotif Rusia, AvtoVAZ, dan kereta ini ialah kereta pertama yang dimiliki oleh Khabib. Pada ketika itu, harga kereta ini hanyalah sekitar RM 10,000 namun selepas beberapa bulan Khabib terpaksa menjualnya bagi mengumpul duit untuk beliau menyertai sukan MMA.

2. Mercedes-Benz W124 300E

Sumber imej:: en.wikipedia.org

Untuk pengetahuan, Khabib ni memang peminat dan selalu mempunyai impian untuk memiliki Mercedes. Semasa kariernya dalam sukan MMA mula meningkat naik, dia telah memilih untuk memiliki sebuah Mercedes-Benz W124 300E. Harga kereta terpakai itu cuma sekitar £5,000 (RM 29 ribu). Namun malangnya kereta itu ‘hancur’ dalam sebuah kemalangan.

3. Mercedes-Benz AMG-GT

Sumber imej: thesun.co.uk

Disebabkan Khabib banyak mengharumkan nama negaranya, Rusia, maka seorang billionaire dari sana telah menghadiahkan Khabib sebuah kereta Mercedes-Benz AMG-GT yang bernilai £138,000 (RM 795 ribu) sebagai tanda penghargaan. Namun sayang nya kereta yang turut dilengkapi dengan enjin V8 twin-turbocharged itu turut terlibat dalam kemalangan semasa ianya dipandu oleh sahabat Khabib sendiri. Ouch.

Sumber imej: bloodyelbow.com

4. Ferrari California

Sumber imej: essentiallysports.com

Kebanyakan bintang sukan atau selebriti ternama dunia sudah pasti akan memiliki sebuah Ferrari. Kereta Ferrari California bernilai sekitar £150,000 (RM 864 ribu) itu mampu meluncur sehingga 193 mph (310 km/j) dan memecut dari 0-60 mph (0-96 km/j) dalam masa empat saat! Sememangnya sebuah kenderaan yang melambangkan prestasi dan keunggulan pemiliknya.

5. Toyota Land Cruiser J200

Sumber imej: thesun.co.uk

Menurut beberapa sumber, koleksi kenderaan terbaru milik Khabib ialah Land Cruiser J200 yang bernilai lebih £65,000 (RM 373 ribu). Kereta dengan enjin 4.0 litre V6 itu mempunyai 245hp selain turut menjadi kenderaan pilihan United Nations (UN) dan NATO (North Atlantic Treaty Organization).

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.