
UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:
Masalah tempoh menunggu kereta baharu yang terlalu lama bukan satu isu yang baru. Apa yang menyebabkan masalah ini muncul?
Mengikut Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, kebanyakan pembeli terpaksa menunggu lama disebabkan oleh krisis kekurangan bekalan cip mikro yang melanda industri automotif dunia yang memberikan impak yang sangat besar kepada jumlah pengeluaran sesebuah kenderaan. Menurut beliau lagi, tempoh menunggu juga boleh berlanjutan dari tiga hingga lapan bulan, bergantung kepada jenis dan model kenderaan dan juga jenama pengeluar.

Senang cerita, isu kekurangan bekalan cip mikro ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia yang memberikan kesan kepada pemasangan kenderaan tempatan (CKD) dan kenderaan import (CBU) kerana kekurangan komponen tertentu. Sayang sungguh kan? Dikala pihak pembeli di negara ini gembira kerana pihak kerajaan Malaysia bagi insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kereta pula lambat dapat.

Bagi sesetengah pembeli, mereka memang sanggup menunggu sekiranya mereka tidak tergesa-gesa untuk menggunakan kenderaan baharu. Namun, ramai juga yang membuat keputusan untuk membatalkan tempahan selepas stok kereta masih lagi tiada selepas menunggu lebih daripada lima hingga enam bulan. Mana tak kecewa jika bank dah pun meluluskan pinjaman tapi stok masih tiada. Lagipun, mereka terpaksa perbaharui perjanjian pinjaman kerana ianya hanya sah dalam tempoh tiga bulan. Nak taknak, lebih baik tukar kepada membuat tempahan kereta daripada jenama pengeluar yang paling cepat nak dapat.

Jika melihat kepada tempoh menunggu, pengeluar kenderaan Proton dan Toyota nampaknya mempunyai tempoh menunggu yang paling lama. Tapi rasanya juara tempoh menunggu paling lama ialah Proton. Sebab ada yang terpaksa menunggu antara sembilan hingga 12 bulan. Ini mengikut penasihat jualan Proton sendiri, bukan kami yang reka cerita. Okay?
Proton ni memang laku sangat sekarang kan? Tempahan memang banyak, tapi kereta tak sampai-sampai. Usahkan kereta baharu, alat ganti pun berbulan-bulan tunggu. Ansuran bulanan kereta bayar, tapi kereta tersadai di bengkel atau di rumah. Sedih!
