Bila Abang Jengkaut Naik Angin, Hancur Kenderaan JPJ Dikerjakan


UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

Jarang sekali kita dengar pemandu jengkaut atau ‘backhoe’ buat hal kan? Iyalah, selalunya mereka nampak tenang je di jalan raya. Tapi, lain pula cerita yang kami nak sampaikan kali ini. Bak kata pepatah Melayu, ‘air yang tenang jangan disangka tiada buaya’. Sama seperti kejadian di Keningau, Sabah yang mana seorang pemandu jengkaut telah ‘naik angin’ selepas disaman oleh pihak JPJ yang melakukan rondaan. Kesannya, hancur SUV JPJ itu yang dikerjakan oleh jengkaut miliknya. Macam gajah naik angin pun ada juga.

Dalam kejadian tersebut, sepasukan anggota JPJ sedang melakukan rondaan di jalan Kepayan Magatang di Kampung Ambual, Keningau, Sabah. Tidak lama kemudian, anggota JPJ terlibat menemui sebuah jengkaut yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan. Rupa-rupanya, pemandu jengkaut itu memandu jentera itu tanpa lesen memandu kelas F. Patut la nampak mencurigakan.

Sumber imej: sinarinmemandu.blogspot.com

 

Jadi, sebab lelaki itu tidak mempunyai lesen kelas F untuk memandu jengkaut, dia telah disaman oleh pihak JPJ. Berang akibat disaman, lelaki itu telah ‘naik angin’ dengan melanggar dan menterbalikkan kenderaan yang dipandu anggota JPJ (SUV) yang diparkir di bahu jalan. Malah, lelaki tersebut juga mengugut untuk melanggar anngota JPJ yang terlibat dalam kejadian tersebut. Tidak mahu menjadi mangsa amarah pemandu jengkaut, kesemua anggota JPJ itu segera menyelamatkan diri dan menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Nasib baik anggota JPJ tu semua sempat selamatkan diri. Kalau tak dengan mereka sekali kena ‘kaut’ dengan jengkaut tu. Tapi kan, mesti ada sebab kukuh kenapa lelaki tu boleh naik angin sampai macam tu sekali. Rasanya ni semua berpunca daripada cara teguran atau komunikasi di antara mereka yang menyebabkan abang jengkaut tu hilang pertimbangan. Apa pendapat anda?

Nak tengok video asal boleh tengok di sini:

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.