Sky Cruise: Hotel Terbang Nuklear Yang Mampu Bawa 5,000 Penumpang

Sumber imej: futurism.com

UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

Ibarat melancong di awan biru. Itulah konsep sebuah hotel terbang Sky Cruise yang menggunakan kuasa nuclear untuk terbang bukan untuk tempoh singkat, tapi ia mampu terbang sehingga berbulan-bulan bahkan bertahun! Lagi menarik, Sky Cruise bakal diterbangkan dengan menggunakan 20 enjin tanpa juruterbang dan mampu membawa sehingga 5,000 penumpang pada satu masa.

Sumber imej: dnaindia.com

Apa yang ada dalam Sky Cruise ni? Mengikut konsep awal yang dicipta oleh jurutera Yaman, Hashem Al-Ghaili, hotel terbang ini berkemungkinan bakal mengubah dunia hospitaliti dan penerbangan. Sky Cruise ini bakal mempunyai dewan panorama dengan pemandangan 360 darjah awan biru, selain turut mempunyai dek hiburan utama yang merangkumi pusat beli-belah, pusat sukan, kolam renang, restoran mewah, bar, taman permainan, pentas teater dan juga pawagam. Wow!

Sumber imej: nypost.com
Sumber imej: wionews.com

Disebabkan ianya mampu terbang dalam tempoh yang sangat lama (berbulan-bulan atau bertahun) maka bagaimana pula jika penumpang di dalam pesawat itu ingin ‘pulang ke bumi’? Jangan risau. Jika ada antara penumpang yang ingin melihat destinasi terdekat, mereka cuma perlu menaiki penerbangan khas untuk kembali ke Bumi.

Image source: studyfinds.org

Jadi, konsep asal hotel terbang ini sama seperti kapal mewah yang belayar di lautan cuma yang membezakan Sky Cruise dengan kapal mewah biasa adalah ia ‘belayar’ di udara. Namun, walaupun konsep ini dianggap unik, bukan semua orang setuju dengan idea yang diketengahkan oleh Hashem Al-Ghaili ini. Ini kerana ramai yang menganggap saiz pesawat yang terlalu besar bakal mempunyai masalah untuk berlepas atau mendarat di lapangan terbang tertentu sahaja selain kos yang sangat mahal untuk menjadi tetamu Sky Cruise.

Bayangkan kalau berlaku sesuatu masalah teknikal dan kemungkinan untuk terhempas? Dengan saiznya yang sangat besar dan penumpang yang ramai, sudah tentu ia bakal menjadi satu sejarah hitam bukan? Kena pula ia menggunakan reactor nuclear? Sudah tentu ianya ibarat ‘Titanic’ yang jatuh dari langit.

Sumber imej: sayingimages.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.