Jet Pejuang F-18 Sepanyol Arah Pesawat Komersial Dari London Untuk Mengekorinya. Tapi Kenapa?

Sumber imej: scmp.com

JIMAT DUIT MINYAK DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

Gara-gara membuat satu ugutan bom palsu, seorang remaja Britain bakal berdepan dengan denda sehingga £50,000 (RM 264,399).

Akibat daripada ugutan tersebut, sebuah jet pejuang F-18 dari Sepanyol telah diarahkan untuk memintas pesawat komersial A-319 kerana salah seorang penumpang di dalam pesawat komersial dari London ke Pulau Menorca itu telah menyiarkan satu ugutan bom palsu di media sosial.

Denda yang dikenakan itu bukan sahaja disebabkan oleh kesalahan suspek dalam mengganggu ketenteraman awam, malah ia juga untuk menampung kos tindakbalas kecemasaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Sepanyol termasuk menggunakan jet pejuang F-18 mereka. Bukan itu sahaja, misi itu turut menlibatkan pakar pemusnah bom serta anjing pengesan untuk memastikan keadaan selamat dan bebas daripada bahan letupan.

Sumber imej: eurasiantimes.com

Dalam kejadian tersebut, tular sebuah video rakaman daripada penumpang pesawat A-319 yang menunjukkan sebuah jet pejuang F-18 menghampiri pesawat yang dinaiki mereka. Kemudian, jet pejuang itu juga turut memberikan isyarat kepada juruterbang pesawat A-319 supaya mengekorinya sehinggakan mencetuskan suasana cemas di antara 120 hingga 150 penumpang yang berada di dalam pesawat komersial terlibat. Lihat video di bawah:

Mana tak cemas kalau jet pejuang macam dalam filem Top Gun: Maverick yang memintas dan suruh mereka mengekorinya kan? Yang pasti itu merupakan juruterbang F-18 terlatih Sepanyol, bukan Tom Cruise!

Akhirnya, selepas mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Menorca, pesawat itu diarah untuk berhenti di kawasan khas yang jauh daripada pesawat, penumpang atau bangunan terminal lain. Kemudian, operasi khas itu berakhir apabila pakar pemusnah bom dan anjing pengesan gagal mengesan sebarang bahan letupan di dalam pesawat, dan mendakwa ugutan bom itu hanya sebuah ugutan palsu yang dilakukan oleh remaja terbabit. Kesudahannya, suspek ditahan dan terpaksa bermalam di lokap manakala kesemua lima rakannya yang turut bersama di dalam pesawat itu telah dikenalpasti.

Sumber imej: livesportv.online
Sumber imej: dailymail.co.uk
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.