ISU POKOK TUMBANG. SEPATUTNYA POKOK TUA PATUT DITEBANG UNTUK ELAK MALAPETAKA.

pokok tumbang

Pokok dengan daun yang merimbun memang cantik dipandang selain sering menjadi tempat berteduh. Namun, jika pokok itu sudah tua iaitu melebihi usia 50 tahun, pokok itu sepatutnya ditebang, bukan hanya dipantau. Bila hanya dipantau tanpa berbuat apa-apa maka akan terjadi kejadian yang tidak diingini. Kesudahannya, sama seperti kejadian sebelum ini iaitu “Kita akan siasat” ataupun “Kami akan pantau”. 

Pokok tumbang: Tiada perkhidmatan monorel antara stesen KL Sentral dan  Medan Tuanku - Sinar Harian
Sumber imej: sinarharian.com.my

Jika melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan pemantauan yang kerap iaitu dua tahun sekali. Mereka juga berjaya mengesan beberapa pokok tua yang berusia di antara 50 tahun sehingga 80 tahun di sekitar ibu negara yang mana pokok-pokok tersebut hanya menunggu masa untuk tumbang lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Lah, dah tahu nak tumbang buat apa dibiarkan sahaja? Masih nak pantau lagi ke? 

Crying Cat | Know Your Meme

Seeloknya, terus ambil tindakan dengan kadar segera. Tak perlu lagi pantau jika kita sudah tahu pokok itu tua dan akan tumbang pada bila-bila masa sahaja. Jangan sampai ada yang menjadi mangsa lagi seperti kejadian di Jalan Sultan Ismail semalam yang turut mengorbankan seorang mangsa dan merosakkan 17 kenderaan. 

Isu pokok tumbang satu hal, akar pokok menjalar sampai pecah jalan raya dan membahayakan pembonceng motosikal pun satu hal juga. Itu belum lagi bab dahan pokok dan daun yang menutupi papan tanda jalan raya. Nak tunggu masyarakat tularkan dulu baru buat kerja atau masih lagi dalam pemantauan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.