Harga Alat Ganti Kereta Naik 60 Peratus, Motosikal Pula 30 Peratus

Sumber imej: neokorea.co

Oh, Malaysiaku. Pantang ada masalah sikit sudah tentu harga barang naik. Beberapa hari lepas kecoh apabila harga sayur dikatakan naik antara 40 hingga 200 peratus, sehinggakan brokoli pun dijual sehingga RM 10 sebiji. Puncanya sebab cuaca yang tidak menentu. Terbaru, kita dikejutkan lagi dengan jangkaan bahawa alat ganti kereta pula akan meningkat sehingga 60 peratus. Apa ni?

Sumber imej: tenor.com

Menurut pihak tertentu, harga terpaksa dinaikkan berikutan masalah bekalan bahan mentah seperti besi, aluminium dan plastik serta kenaikan kos penghantaran dan pengangkutan. Jika dilihat, bukan setakat pengguna yang risau malah ‘tauke’ bengkel juga turut mengalami isu yang sama. Ini kerana peningkatan harga alat ganti ini secara langsungnya akan memaksa tauke bengkel untuk turut menaikkan kos penyelenggaraan, serta bakal menekan ‘poket’ pemilik kenderaan.

Jika harga alat ganti kereta naik sehingga 60 peratus, bagaimana pula dengan motosikal? Menurut sumber daripada laporan KL China Press, beberapa bengkel dalam industri automotif, persatuan peniaga motosikal dan seangkatan dengannya telah mengesahkan bahawa harga alat ganti motosikal juga turut akan naik awal tahun depan dan kadar peningkatan adalah sekitar 20 hingga 30 peratus. Kiranya semua jenis pemilik kenderaan bakal menghadapi isu yang sama, tiada yang terselamat daripada isu kenaikan harga barang.

Okay, kita dah bakal masuk tahun 2022 dan semua harga barang diumumkan bakal naik. Cuma satu sahaja yang dari dulu tak naik-naik. Gaji minima rakyat. Memang liat sungguh nak naik.

Sumber imej: twitter.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.