Bekas Pekerja Syarikat Jualan Kenderaan Mengamuk Guna Keris Di Kajang
Dua kakitangan syarikat jualan kenderaan di sekitar Kajang berhadapan dengan detik cemas apabila seorang lelaki yang juga bekas rakan sekerja mereka mengamuk. Video berdurasi 72 saat itu menunjukkan suspek bersenjatakan keris telah menjadikan seorang jurujual wanita syarikat itu sebagai tebusan sambil mengarahkan lagi seorang kakitangan lelaki untuk mengikutnya ke satu lokasi lain.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihak polis mendapat laporan bahawa punca kejadian adalah disebabkan suspek berang apabila bekas majikannya tidak membayar komisen jualan kereta seperti yang telah dijanjikan. Dalam kejadian itu juga, berlaku pergelutan di antara suspek dan bekas majikan sebelum akhirnya suspek yang berusia 39 tahun itu berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.
Selepas melakukan pemeriksaan, pihak polis turut menjumpai dadah jenis Eramin 5 dan ujian air kencing suspek juga didapati positif. Kes lalok agaknya. Sebab itu dia berani bertindak di luar kewarasan. Untuk melihat video penuh, boleh tonton di pautan di bawah:
View this post on Instagram