Michael Bay Adalah Pengarah Yang Paling Suka Hancurkan Kereta
Menurut satu kajian yang dilakukan, pengarah terkenal Hollywood Michael Bay merupakan pengarah yang paling suka hancurkan kenderaan! Hancurkan kenderaan, bukan hancurkan rumahtangga. Jangan tersalah baca pula ya.
Daripada filem hebat seperti Bad Boys (1995), The Rock, Armageddon, Bad Boys II sehingga siri Transformers, Bay telah berjaya meranapkan 354 kereta dalam filem-filem arahannya. Menariknya, jumlah kereta yang sengaja dihancurkan untuk filem arahan Michael Bay lebih banyak berbanding pengarah filem Fast & Furious, Justin Lin, yang mana beliau berada di kedudukan kedua dengan menghancurkan 135 buah kenderaan dalam filemnya. Untuk tempat ketiga pula, dimiliki oleh John Landis dengan jumlah 120 kenderaan yang mana sebahagian besarnya datang daripada filem The Blues Brothers.

Bagaimana pula dengan pengarah yang lain? Anda boleh lihat menerusi senarai di bawah:
Director Ranking Based on Number of Cars Wrecked:
Rank | Director | Number of Cars Wrecked |
1 | Michael Bay | 354 |
2 | Justin Lin | 135 |
3 | John Landis | 120 |
4 | Christopher Nolan | 83 |
5 | The Russo Brothers | 80 |
6 | John Woo | 77 |
7 | Richard Donner | 61 |
8 | Steven Spielberg | 60 |
9 | Paul Greengrass | 51 |
10 | Lana and Lily Wachowski | 45 |
Jika dilihat kepada senarai di atas, kita memang boleh faham kenapa mereka mendapat tempat 10 teratas dalam senarai pengarah yang suka hancurkan kereta. Lihat sahaja filem-filem arahan mereka. Kebanyakan adalah pengarah filem aksi yang kebiasaannya memang melibatkan adegan kejar-mengejar, letupan dalam skala besar dan lain-lain. Memang bukan level pengarah yang buat filem ikut novel cinta la senang cerita.
Kalau di Malaysia siapa pula agaknya? Adakah Syamsul Yusuf, Shafiq Yusuf atau Ghaz Abu Bakar? Yang pasti bukan pengarah Mentega Terbang la kot.