Bank Suka Hati Lelong Kereta Tanpa Pengetahuan? Boleh Ke?

hmetro.com.my

Nasib malang menimpa dua wanita apabila kereta kesayangan mereka telah dilelong tanpa pengetahuan selain terpaksa menanggung baki pinjaman kereta dan kos bank.

Menurut salah seorang mangsa, Nissan Almera miliknya mempunyai tunggakan bayaran selama tiga bulan sejak Januari hingga Mac kerana mempunyai masalah kesihatan. Pada suatu hari, beliau didatangi dua lelaki yang mahu menarik keretanya kerana kegagalan melunaskan bayaran bulanan sambil menunjukkan sehelai surat mendakwa arahan bank.

Sumber imej: bjak.my

Akur keretanya terpaksa ditarik, beliau juga turut diminta membayar kos tarik kereta, kos pengurusan bank dan sebagainya namun gagal melunaskan bayaran yang diminta kerana masalah kewangan. Atas desakan pihak bank juga, abang kandung beliau yang juga penjamin terpaksa membayar baki pinjaman sebanyak lebih RM 3,000.

Namun, walaupun beliau dan keluarga sudah membayar keseluruhan baki pinjaman, beliau terkejut apabila mendapati keretanya itu rupa-rupanya sudah dijual kepada individu lain hanya selepas sebulan keretanya ditarik. Lagi sakit hati adalah beliau tidak menerima sebarang notis langsung daripada pihak bank bahawa keretanya akan dilelong. Senang buat duit nampaknya. Bayaran bulanan dah dapat, bila orang tak mampu bayar tiga bulan terus tarik dan walaupun tuan asal dah lunaskan bayaran pun kereta tetap kena lelong. Dapat lagi keuntungan dari pembeli lain. Bank mana ni?

Sumber imej: ppim.org.my

Rasanya, ini bukan kali pertama kes sebegini terjadi. Kadang-kadang hanya dengan sedikit kesilapan sahaja mereka tidak sepatutnya aniaya peminjam sehingga sebegini sekali. Dah macam Ah Long moden pula. Tapi nasib baik isu ini mendapat perhatian Ketua Aktivis PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia), Datuk Nadzim Johan. Kini, beliau telah beliau menuntut agar pihak bank memberikan penjelasan dan juga tidak terus menindas peminjam. Malah, isu ini juga membuka mata banyak pihak khususnya pengguna dan juga peminjam agar tidak culas dalam melakukan pembayaran supaya tiada isu di kemudian hari. Apa pendapat anda?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.