Banjir Johor: Mayat Wanita Dalam Perodua Myvi Ditemui

Sumber imej: mediavariasi.com

Sejak beberapa hari lepas, negara kita dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda negeri Johor yang disifatkan antara yang terburuk susulan hujan lebat dan fenomena air pasang. Sehingga kini, jumlah mangsa yang terlibat telahpun melebihi angka 20,000 orang dari 10 daerah yang terkesan, antaranya Segamat (paling terjejas), Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Muar, Kulai, Tangkak, Mersing dan Pontian.

Sumber imej: berita.rtm.gov.my

Susulan keadaan banjir buruk itu, lima mangsa telah menjadi korban banjir dan yang terbaru, mayat seorang wanita berusia 24 tahun ditemui di dalam kereta Perodua Myvi berwarna kelabu miliknya di Jalan Nitar Utama, Mersing.

Menurut Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang sekitar jam 6.49 pagi dan telah memandu di kawasan jalan raya yang telah dinaiki air.

Kemudian, kereta yang dipandu mangsa disyaki telah terbabas ke tebing jalan sebelum ditenggelami air, dan dibawa arus deras banjir yang menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan lemas di dalam kereta terbabit. Selain itu, laporan juga mengatakan bahawa ketika kejadian, paras air di jalanraya ialah lebih kurang tiga kaki (0.91 meter) manakala kedalaman cerun pula sekitar 20 kaki (6.096 meter).

Sumber imej: newswav.com

Akhirnya, pada kira-kira jam 10.19 malam, kereta mangsa ditemui dalam keadaan terbalik pada jarak 15 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang. Kereta mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan “vehicle rockery system” yang mengambil masa kira-kira 40 minit berikutan kesukaran akibat pokok yang menghalang. Mayat mangsa telahpun dibawa ke Unit Forensik, Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Kesian mangsa. Mungkin sebab dia tak tahu kedalaman air dan yakin Perodua Myvi dia lepas kot.

Sumber imej: bernama.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.