Banjir 2021: Perodua Tawar Bantuan Kepada Pemilik Kenderaan Perodua

Sumber imej: bm.soyacincau.com

• Rebat perkhidmatan tunda kenderaan sehingga RM 100 di pusat servis Perodua
• Potongan 20 % untuk alat ganti terpilih
• Pemeriksaan percuma untuk kenderaan yang terjejas akibat banjir

Dahsyat sungguh bencana banjir yang melanda di beberapa negeri di Malaysia tahun ini. Kebiasaannya, negeri di Pantai Timur yang paling terkesan namun tahun ini menyaksikan Selangor juga terjejas teruk, lebih-lebih lagi di kawasan Shah Alam, Klang dan Hulu Langat.

Sumber imej: malaysiakini.com

Jika rumah batu pun boleh tenggelam dan hanyut, apatah lagi kenderaan kan? Jadi oleh sebab itu pihak Perodua selaku jenama kereta paling laku di Malaysia juga peka dan cakna kepada kesemua pemilik kenderaan Perodua. Bagi membantu mangsa yang terkesan akibat banjir, Perodua menawarkan beberapa tawaran terbaik bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.

Sumber imej: thevocket.com

Antaranya ialah rebat perkhidmatan tunda kenderaan ke pusat servis Perodua terdekat sehingga RM 100, potongan harga sehingga 20 peratus untuk alat-alat ganti terpilih termasuk gasket baik pulih enjin, barangan elektronik, kemasan pintu, permaidani serta tempat duduk kenderaan yang terkesan akibat banjir. Selain itu, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, juga menjelaskan bahawa walaupun terdapat beberapa pusat servis yang turut terjejas akibat banjir, para pelanggan boleh merujuk kepada mana-mana cawangan lain untuk bantuan.

Jadi, bagi sesiapa pemilik kenderaan Perodua yang terkesan akibat banjir, anda boleh terus menghubungi talian perkhidmatan pelanggan (bebas tol) Perodua di talian 1-800-88-5555.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *