Daihatsu Malaysia Lancar ‘Program Bantuan Banjir’ Kepada Pemilik Daihatsu Yang Terkesan Akibat Banjir

Sumber imej: suara.com
  • Subsidi perkhidmatan tunda (towing) sehingga RM 100
  • Diskaun sehingga 40% untuk alat ganti terpilih dengan waranti 1 tahun/20,000km
  • Potongan 20% untuk perkhidmatan buruh
  • Pemeriksaan kenderaan percuma & servis mudah alih Daihatus dari pintu ke pintu (Daihatsu Mobile Service)

Dalam program cakna kepada pemilik kenderaan Daihatsu yang terkesan dengan bencana banjir, pihak Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (DMSB) telah melancarkan satu program khas iaitu ‘Program Bantuan Banjir Daihatsu’ sebagai salah satu langkah bagi membantu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung mangsa banjir di seluruh negara.

Daihatsu Malaysia turut mengumumkan bahawa program ini ditawarkan kepada semua pemilik kenderaan Daihatsu, bermula dari 22 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022 di semua pusat servis sah Daihatsu.

Sumber imej: customerservicedirectory.com

Mengikut Arman Mahadi, iaitu Pengarah Urusan Kumpulan Daihatsu Malaysia, “Rakyat Malaysia menyaksikan ratusan kenderaan terperangkap dalam air banjir. Antara pengguna yang terjejas ialah pengguna Gran Max termasuk pemilik perniagaan yang terlibat dalam operasi harian mereka, penghantar kurier pada penghantaran harian mereka, dan juga pemandu jarak jauh yang berulang-alik dari negeri ke negeri, yang semuanya memerlukan pemeriksaan kenderaan segera diikuti dengan servis.”

Sumber imej: thesundaily.my

Jadi, semua pemilik Daihatsu disarankan untuk menghubungi talian Daihatsu Road Assist di 1-300-88-3667 untuk perkhidmatan tunda ATAU boleh juga menghubungi 03-5512 3411 untuk Daihatsu Mobile Service. Selain itu juga, pelanggan juga turut boleh menghubungi talian hotline pelanggan Daihatsu Malaysia di 03-5512 5824 atau terus menghubungi Encik Muhammad Sobri di 011-2689 5133 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.