Akibat Bawa Motosikal Melulu, Murid 9 Tahun Maut Tapi Pemandu Lori Yang Kena Pukul

Sumber imej: hmetro.com.my

Tular di media sosial lebih-lebih lagi di Twitter apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut digilis treler di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Klang. Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 9 tahun maut di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaiki bersama pengasuh wanita berusia 54 tahun dan adik lelaki mangsa, 7 tahun, dilanggar oleh sebuah treler semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Pada mulanya, ramai yang marah dan sakit hati dengan kejadian ini. Bahkan ada yang mendakwa pemandu lori itu turut dipukul dengan teruk oleh orang ramai dan penduduk kampung yang berang dengan kejadian tersebut. Selain itu, ada juga warganet yang dilihat menyalahkan pemandu treler itu yang dikatakan cuai dan tidak beringat dengan titik buta (blind spot) sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

Beberapa jam kemudian, tular pula tentang rakaman dashcam salah seorang saksi kejadian yang mana bila dilihat pada video tersebut, bukan pemandu treler itu yang salah. Ini kerana, treler dipandu di kawasan simpang tiga itu adalah dalam kelajuan biasa sebelum tiba-tiba ada sebuah motosikal (yang dinaiki mangsa) memotong dari kiri lori lain dan tidak berhenti di simpang tiga. Ini bukan masalah blind spot lori, tapi wanita itu yang cuai sebenarnya kerana dia yang dilihat tidak berhati-hati dan keluar simpang secara melulu.:

Pautan video: https://twitter.com/i/status/1638550023666552833

Tidak lama selepas rakaman dashcam itu tular, ramai warganet mula faham tentang situasi sebenar dan berharap agar kejadian ini membuka mata kepada semua pengguna jalanraya di luar sana:
1. Yang pandu lori atau kenderaan besar seharusnya leih peka dengan blind spot. Jangan tampal sticker di cermin lori.
2. Yang bawa motosikal pun jangan bawa secara melulu. Semua orang nak cepat tapi jangan sampai memotong / mencilok lori lebih-lebih lagi dari bahagian kiri. Tolong berhenti di simpang, pastikan keadaan dah selamat baru keluar simpang.
3. Saksi kejadian / orang ramai / penduduk kampung jangan terus menghukum. Kita tak tahu siapa salah dan siapa betul. Sebab dalam kejadian macam ni, semua orang tidak akan mengaku silap. Kesian pemandu lori tu kena pukul walhal bukan salah dia pun.

Dekat TikTok pun ramai yang kecam pemandu lori tapi isterinya berkata dia tahu suaminya tidak salah dan boleh tengok video dashcam. Tapi apa-apa pun, salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.