Abang Ni Sanggup Tukar RXZ Dengan Sebidang Tanah. Bijak!
Ada apa dengan Yamaha RX-Z? Bukan sahaja dapat populariti melampau daripada kalangan mat motor, bahkan di Terengganu pun boleh ada RX-C-Z Member 4.0 2022 yang disertai 40 ribu pemilik. Tidak kurang pula ada yang sanggup nak beli motorsikal ‘legend’ ni dengan harga yang tinggi mencecah hampir RM 50,000. Senang cerita walaupun Yamaha RX-Z ni sudah tua, tapi masih lagi laku di pasaran tempatan oleh peminat tersendiri.
Ini termasuk satu kisah di mana ada seorang pemilik Yamaha RX-Z sanggup menukar motorsikal miliknya dengan sebidang tanah lot di Kelantan. Walaupun pada mulanya perkongsian di Facebook oleh Nikmohdzulkiflee Lee dianggap sebagai tipu atau demi content semata-mata, namun perkongsian terbaru beliau turut disertakan dengan bukti pertukaran namanya dengan tanah lot.
Sampai kini, beliau tidak memaklumkan harga atau nilai semasa RX-Z miliknya atau nilai tanah lot tersebut. Namun ramai pihak yang memberikan pelbagai pendapat dan juga komen tentang tindakan lelaki tersebut yang menukarkan Yamaha RX-Z nya dengan sebidang tanah. Ada yang setuju kerana harga tanah akan semakin naik berbanding dengan harga motorsikal. Ada juga yang turut mengecam tindakan pembeli yang sanggup menukar tanah miliknya hanya kerana ingin memiliki sebuah RX-Z.
Bagi kami, bukan salah mana-mana pihak pun sebab mereka melakukan urusan jual-beli mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Tiada sebarang paksaan atau kerugian sebab masing-masing dapat memiliki apa yang dihajati. Mungkin si pembeli tu ada banyak tanah. Jadi setakat satu lot tu apalah sangat kan demi mendapatkan motor ‘rare’ macam RX-Z ni? Bukan macam kita, tanah sekati pun belum tentu ada.