Selain Harga Mahal, Ini Sebab Kenapa Orang Kaya Pun Jarang Beli Sports Car

Kalau kita di Dubai, mungkin kereta dalam kategori ‘sports car’ ni bersepah di jalan raya. Namun lain pula di Malaysia apabila ada je ‘sports car’ yang lalu, semua pusing leher. Kalau ada yang parking di mana-mana, ada sahaja yang datang ambik gambar. Dah macam retis pulak kereta tu. Macam baru-baru ni seorang remaja lelaki dibuli hanya kerana bergambar di hadapan Mazda RX8 milik seorang gadis dan tindakannya tu dikecam netizen. Tapi yang kelakarnya, pemilik kereta tu tak marah pun. Netizen pulak yang over. Dah dia minat kereta tu. Nak beli belum mampu. Tak gitu dik?

Yang tak mampu beli memang cuma mampu mengidam untuk memiliki kereta jenis macam ni. Tapi kenapa orang yang terlebih mampu pun masih teragak-agak untuk beli ‘sports car’?
1. TELAN MINYAK MACAM AIR

Korang mesti ingat kejadian tahun 2015 di mana sebuah Ferrari 458 Italia bernilai RM 2 Juta kehabisan minyak! Dah la tersadai tepi jalan sampai habis orang lain jem, kena pulak 3 saman dari polis. Betul ke makan minyak? Nak tahu matematik mudah? Bayangkan kereta Perodua Axia boleh bergerak sejauh 21.6 km/liter berbanding Lamborghini Avantador sejauh 4.7km/liter.
2. ‘MAINTENANCE’ TINGGI

Tukar minyak hitam kereta biasa setiap 5000km pun dah bising. Belum lagi tukar tayar kereta setiap beberapa tahun. Riuh sekampung jawabnya. Inikan pulak ‘sports car’. Contohnya 2012 Chevrolet Corvette yang boleh menelan belanja sehingga RM 8000 setahun untuk servis biasa. Saya ulangi, servis biasa tau. Belum termasuk kos ‘spare parts’. Benda macam ni la yang kadang-kadang orang kaya pun boleh jadi sesak daaa..
3. TAKUT KEMALANGAN

‘Sports car’ memang lebih laju dan berkuasa tinggi berbanding kereta biasa yang bersepah di jalanan. Sebuah kaji selidik dilakukan di Amerika Syarikat berkenaan ketakutan nombor satu pemilik ‘sports car’. Rata-rata memberikan jawapan yang sama iaitu takut kemalangan. Kereta Kancil pun bila pecut boleh hilang kawalan. Apatah lagi kereta ‘sports car’ macam Trident Iceni yang mempunyai kadar pecutan sepantas 3.7 saat untuk 0 – 100km/j? Mungkin kita dah berhati-hati. Tapi kalau ada orang langgar? Confirm jadi kes langar lari sebab takut tak mampu nak ganti kerugian.
4. SAIZ TERLALU KECIL

Dah la mahal, tapi kecik pulak. Walaupun rupa bentuk ‘sports car’ boleh buat orang angau tak tidur malam, tapi malangnya ‘driving area’ biasanya sesak dan sangat kecik. Lagipun, rekaan dalaman biasanya hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja. Jadi tak sesuai untuk yang berkeluarga. Buat apa beli kalau tak selesa kan? Bukan orang kaya tak mampu beli, cuma bagi mereka mungkin lebih baik beli kereta mewah yang mempunyai lagi banyak fungsi.

Ini semua sebenarnya bergantung kepada seseorang individu. Walau betapa mahal kereta atau ‘maintenance’ tapi bila hati dah berkenan mereka akan tetap beli juga kan. Samada yang betul kaya atau berlagak kaya, asal mampu bayar bulan-bulan cukup la. Tak apa duduk rumah setinggan dan hari-hari makan maggi asal boleh memiliki ‘sports car’ sendiri. Kalau yang mana rasa nak beli jugak walaupun tak mampu, sila sediakan ‘Ridsect’ dalam kereta. Kalau si penarik kereta datang nak tarik boleh spray muka dorang. Eh.. eh..
