Suka “Cop Parking”? Lapor Terus Kepada JPJ Ikut Whatsapp

Source: mstar.com.my

Isu berebut tempat letak kereta dah semakin menjadi-jadi di negara kita. Ingat semakin maju sesebuah negara, semakin maju juga otak rakyatnya. Tapi tak jugak. Kes terbaru tular apabila warga emas suka ‘cop parking’ tapi menggunakan objek yang agak ‘seram’. Orang lain mungkin pakai kon, pasu bunga atau kerusi. Tapi atuk dan opah ni pakai benda yang biasa kita jumpa kat kubur – batu nisan!
Agaknya tindakan mereka tu untuk elak kesalahan seperti yang dipetik dari Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) iaitu:

“Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya di petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987”.

Bagi mereka mungkin tak salah sebab mana JPJ ada sebut pasal batu nisan kan? Tapi tahukah anda, ‘cop parking’ merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan penalti sehingga RM2,000 bagi kesalahan pertama sehingga RM4,000 dan penjara 12 bulan bagi kesalahan seterusnya? Habis kalau yang tiap-tiap hari memandai je ‘cop parking’ kat kawasan perumahan, depan pejabat, termasuk kawasan awam lain acaner pulak? Nak bukti? Meh kita sama-sama tengok:

1. Tiada kon? Tiada masalah. Anak bini kan ada.

Source: mstar.com.my

2. Masalah ‘parking’ di tempat kerja? Jangan risau. ‘Road Barrier’ boleh bantu anda.

Source: theskop.com

 

3. Masalah ‘parking’ di kawasan perumahan? Letak kon untuk selesaikan masalah.

Source: vitdaily.com

4. Gunakan motorsikal, ampaian baju dan kon untuk ‘parking VVIP’

Source: anakbapak.com

5. Tong sampah pun jadi la, asal dapat ‘parking’.

Source: utusan.com.my

6. Ada kawan? Suruh dia jaga ‘parking’ dan halau pengguna lain.

Source: mstar.com.my

Haaa…dah tengok bukti kan? Tu baru sikit tapi dah boleh gambarkan tahap mentaliti seseorang. Anda sebagai mangsa yang sering sampai awal, tapi tak dapat parking gara-gara manusia pelahap ni boleh terus membuat aduan kepada JPJ malalui dua cara:

A. Hantar aduan melalui emel ke [email protected]
B. Hantar aduan Whatsapp ke http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ

JPJ kata repot jangan tak repot! Tapi pastikan anda sertakan sekali butiran pengadu seperti nombor kad pengenalan, lokasi, tarikh, masa, nombor pendaftaran dan butiran kejadian. Untuk elak kemusykilan pula anda boleh juga sediakan butir pesalah macam gambar atau video yang menunjukkan si pelaku itu bersalah. Kalau ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus call pihak JPJ untuk mendapatkan info lanjut.

Source: utusan.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *