Sime Darby Beli 61.2% Saham Perodua Dan Toyota Daripada UMW

Sime Darby Berhad baru sahaja mengumumkan bahawa mereka kini telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sekaligus mendapat 61.2 peratus pegangan dalam UMW Holdings Berhad. Pelaburan bernilai RM3.57 tunai atau bersamaan dengan RM5.00 sesaham itu kini telah menjadi perjanjian penggabungan dan pembelian terbesar di Malaysia, juga menjadi kumpulan auto terbesar di Malaysia.

Sumber imej: bm.soyacincau.com

Selepas ini, Sime Darby juga akan membuat tawaran am mandatori untuk lebihan baki sebanyak 38.8 peratus pegangan yang bukan pegangan mereka dengan tujuan untuk mengeluarkan UMW daripada senarai Bursa Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson, pembelian saham Perodua dan Toyota itu akan melengkapkan portfolio sedia ada Sime Darby yang termasuk Porsche, BMW dan juga Rolls-Royce. Apa yang paling penting, kini Sime Darby kini boleh meningkatkan skala operasinya di Malaysia serta mampu mengimbangi sebarang risiko geopolitik daripada dua pasaran utamanya, iaitu Australia dan juga China. Menurut beliau lagi, langkah ini juga sangat bagus dan secara langsung akan mengukuhkan kedudukan Sime Darby sebagai pemain automotif utama di Malaysia.

Antara perkara lain yang ditekankan apabila mereka berjaya memiliki 61.2% saham Toyota dan Perodua adalah langkah ini juga akan mengukuhkan lagi segmen bermargin tinggi syarikat termasuk kereta terpakai, pemasangan dan selepas jualan. Selain itu, transaksi tersebut juga akan membawa Toyota Forklifts di bawah Toyota Industries Corporation (TICO) ke dalam portfolio Sime Darby.

Sumber imej: lillyforklifts.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.