Sedang Cari Pusat Servis Honda Di Lembah Klang? Jom Ke Honda Weststar Auto
Ada tak pemilik kereta Honda yang sedang mencari pusat servis Honda di kawasan Lembah Klang? Kalau ada, apa kata anda ke Honda Weststar Auto yang terletak di Taman Zooview, Ampang (bersebelahan Zoo Negara) sahaja? Di sini saya akan kongsikan beberapa sebab utama kenapa saya mengesyorkan anda ke Honda Weststar Auto:
1. PAKEJ PREMIUM, HARGA BERPATUTAN
Hanya di Honda Weststar Auto! Anda akan terkejut apabila anda mengetahui bahawa di sini mereka ada menyediakan beberapa pakej premium iaitu Weststar Auto Express Care Package pada harga yang sangat berpatutan untuk kenderaan yang melebihi 5 tahun dari tarikh pendaftaran atau waranti terbatal. Bermula dengan harga RM 163, pakej ini sememangnya sangat menjimatkan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan kereta Honda. Memang rugi kalau anda lepaskan peluang ini lebih-lebih lagi kalau anda berada di kawasan Lembah Klang. Yang pasti anda dapat servis kereta dengan mekanik yang sangat berpengalaman, dapat alat ganti tulen Honda tapi pada harga sangat berpatutan.
2. KAKITANGAN BERPENGALAMAN DAN MESRA PELANGGAN
Saat saya melangkah masuk sahaja ke Honda Weststar Auto, saya tergamam. Selepas saya parkir sahaja kereta, saya disambut dengan penuh mesra oleh kakitangan mereka. Bermula daripada bahagian pendaftaran, mereka tidak pernah lekang dengan senyuman dan penasihat perkhidmatan (service advisor) juga sangat-sangat membantu dan menerangkan dengan jelas tentang apakah masalah yang dihadapi oleh kereta saya sebelum mengesyorkan servis kereta tertentu yang harus saya lakukan.
3. RUANG SERVIS YANG SERBA LENGKAP
Di sini, mereka mempunyai 20 ruang servis (service bay) yang serba lengkap, serta lebih 20 orang mekanik dan juruteknik berpengalaman. Jadi, banyak kenderaan yang mereka boleh servis pada satu masa yang sama dan secara langsung mengurangkan waktu untuk menunggu. Selain itu, pelanggan juga boleh melihat kenderaan mereka diservis dari jauh. Kita pun pasti akan rasa lebih yakin dan selamat.
4. PEMERIKSAAN KESELAMATAN 22-MATA PERCUMA
Kebiasaannya buat pemandu wanita, mereka mempunyai masalah untuk mengetahui prestasi dan keadaan sebenar kenderaan mereka lebih-lebih lagi sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Tapi jangan risau. Sebab kini anda boleh sahaja ke Honda Weststar Auto dan lakukan pemeriksaan keselamatan 22-mata (22-point checking) secara PERCUMA! Juruteknik berpengalaman mereka akan menilai daripada prestasi operasi kereta anda untuk memastikan ia dalam tahap terbaik dan paling selamat supaya pemanduan anda terasa lebih yakin dan selesa.
5. LOKASI STRATEGIK
Terletak di Taman Zooview atau bersebelahan dengan Zoo Negara, lokasi Honda Weststar Auto ini ternyata memang strategik. Tambahan pula laluan di hadapan bangunan pula adalah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang umum ketahui merupakan antara jalan utama bagi penduduk di sekitar Lembah Klang. Jadi bagi sesiapa sahaja yang menuju ke arah Gombak atau menghala ke arah Kuala Lumpur memang akan perasan bangunan Honda Weststar Auto ni. Sekiranya anda terlepas simpang masuk, jangan risau sebab pusingan-U memang dekat sahaja untuk kedua-dua arah.
6. KEMUDAHAN YANG LENGKAP
Bagi yang perlu menghantar kereta untuk servis, anda tak perlu risau tentang kemudahan yang terdapat di sini. Tempat menunggunya sangat luas dan selesa selain makanan dan minuman juga turut disediakan. Antara menu yang harus dicuba adalah nasi lemak. Kalau tak percaya, anda boleh baca ulasan pelanggan di Google. Rata-rata memuji keenakan nasi lemak yang mereka sediakan di sini. Selain itu, mereka juga turut mempunyai dua kafe makanan yang lain iaitu Weststar Café dan Wolf & Turtle Coffee di Menara Weststar. Bagi yang mempunyai anak kecil pun tak perlu risau, sebab di sini mereka turut menyediakan playroom untuk kanak-kanak bermain bagi menghilangkan kebosanan mereka. Jadi mak ayah pun tak perlu risau sekiranya mereka terpaksa membawa anak kecil ke pusat servis kereta.
7. ADA HONDA MOBILE SERVICE
Antara kelebihan lain yang terdapat di Honda Weststar Auto ini adalah ia turut menyediakan Honda Mobile Service untuk semua pelanggan Honda di kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya). Menariknya, jika pelanggan tak boleh datang servis kereta di pusat servis mereka, maka sebaliknya mereka yang akan datang ke tempat pelanggan. Servis istimewa ini menggunakan khidmat dua orang daripada pasukan teknikal ke lokasi pelanggan dengan menggunakan Maxus V80 yang cukup lengkap dengan alat servis, pengecas bateri, pemampat udara dan lain-lain untuk memeriksa, membaiki atau mengganti bahagian yang perlu dengan cekap. Bayangkan ia seperti ‘ambulans’ atau ‘klinik bergerak’ untuk kereta Honda anda! Antara servis lain yang ditawarkan ialah:
• Penyelenggaraan berkala.
• Penggantian penapis minyak dan minyak enjin.
• Pemeriksaan enjin.
• Pemeriksaan ‘brake pad’
• Penggantian bateri.
• Product recall.
Jadi, bagi sesiapa sahaja di sini yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis yang ditawarkan di Honda Weststar Auto, anda boleh gunakan aplikasi HondaTouch ATAU terus hubungi talian di bawah:
Telefon : 03-4102 3244 | 03-4102 3249
HP : 016-2626 841 | 016-2626 847
Mobile Service (HP) : 016-262 8686
Facebook : Honda Weststar Auto