Pecut Lamborghini Sewa Sampai Lupa Jalan KL Jem. Kereta Lain Jadi Mangsa
Akibat memecut laju, sebuah Lamborghini yang dipandu lelaki berusia 42 tahun telah melanggar beberapa kenderaan lain di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang. Salah sebuah kereta yang paling teruk ialah Proton Perdana apabila dilanggar dari arah belakang. Sampai terbalik Proton Perdana tu!
Menurut cerita, lelaki tersebut yang datang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada asalnya memecut laju sebelum dia terkejut kerana ada kesesakan jalan di jalan tersebut. Masalahnya sekarang, bila masa jalan sekitar Kuala Lumpur ni tak jem? Kena la selalu peka sebab bila-bila masa sahaja jalan yang awalnya tak sesak, tiba-tiba jem. Lagipun kejadian berlaku sekitar jam 8.40 pagi, sah-sah waktu orang nak ke tempat kerja.
Sumber imej: astroawani.com
Mengikut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, iaitu Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, semua pemandu dalam kemalangan itu mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Manakala bagi saringan ujian air kencil dan alkohol pula mendapati pemandu cuai itu didapati negatif.
Selain itu, tular tentang sebuah video dashcam kereta salah seorang mangsa yang mana kereta Lamborghini itu didapati merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan sebelum merempuh beberapa kereta di hadapannya. Ada juga video tentang orang awam yang berada di lokasi mendekati pemandu tersebut dan mengatakan yang walaupun pemandu itu kaya, dia patut sedar tentang apa yang berlaku kesan daripada kecuaiannya semasa memandu. Namun selepas itu pemandu itu mengatakan kereta itu bukan miliknya, sebaliknya hanya disewa.
Anda boleh tonton video di sini: