Nissan GT-R T Spec Baru Sahaja Masuk Tapi Dah Habis Terjual


Nissan pernah melancarkan hanya 100 unit edisi istimewa GT-R T Spec di Jepun sekitar bulan September 2021, dan mengumumkan kereta kegilaan ramai itu akan dijual di Thailand pada bulan Oktober 2021.

Menariknya, walaupun harga kereta itu mencecah sehingga lebih RM 1.5 juta (12.2 juta baht), nampaknya pasaran kereta Nissan GT-R T Spec dan GT-R di negara jiran memang memberangsangkan sebab semuanya sudah habis terjual. Wow!


Dari segi reka bentuk luaran, kereta ini sememangnya mempunyai bentuk yang sentiasa ‘awet muda’ sama seperti keluaran yang sebelumnya. Nissan masih mengekalkan ciri-ciri sporty dan gagah termasuk logo edisi khas di bahagian depan dan belakang. Untuk bahagian tayar, model ini menggunakan roda aloi Rays gangsa bersaiz 20 inci. Lebih menarik, Nissan juga memperkenalkan dua warna baharu pada model ini iaitu Midnight Purple dan Millenium Jade.

Untuk bahagian dalaman, model ini menggunakan warna Mori Green selain kerusi pula dibalut dengan kulit (leather) dan suede dengan riasan mutiara. Kick plate pula menggunakan warna emas manakala bahagian pelapik bumbung pula menggunakan material Alcantara.


Kereta ini menggunakan enjin 3.8 liter twin turbo, 632 Nm tork dan 555 kuasa kuda (hp) dan pemilik baru turut mendapat jaminan selama tiga tahun atau 100,000 kilometer serta bantuan tepi jalan 24 jam. Untuk pengetahuan, selain model yang dinyatakan di atas, ada lagi satu model di Thailand yang mana harganya adalah lebih murah sedikit (RM 1.3 juta / 10.7 juta baht), iaitu model GT-R Premium Luxury.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.