Nak Elak Saman: Wanita Ini Tutup Nombor Plat Motosikal Guna Seluar Dalam Merah Jambu

Heboh tentang satu kejadian yang tular di media sosial apabila seorang wanita telah menggunakan satu kaedah yang tak pernah dibuat orang lain semata-mata nak elak saman. Apa kaedahnya? Dia menggunakan seluar dalam berwarna merah jambu untuk tutup nombor plat motosikal miliknya!

Menurut laporan daripada beberapa sumber media di negara seberang, wanita tersebut melakukan perkara terbabit kerana ingin mengelakkan daripada pemantauan kamera Penguatkuasaan Undang-Undang Trafik Elektronik (e-TLE) di sebuah lokasi di Lamongan, Jawa Timur, Indonesia.

Sumber imej: en.antaranews.com

JIMAT DUIT MINYAK DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

Untuk pengetahuan, sistem e-TLE ini sebenarnya telah digunakan secara rasmi pada 1 April 2022 di Indonesia, di mana kamera itu akan menangkap gambar masyarakat di sana yang melakukan kesalahan trafik atau lalu lintas. Kebiasaannya, saman itu akan terus dikirim ke rumah pesalah melalui data alamat yang didaftar untuk nombor plat kenderaan masing-masing. Oh, patutlah masyarakat sana suka tutup nombor plat kenderaan mereka. Kreatif ada, kelakar pun ada tengok aksi masing-masing.

Sumber imej: cnnindonesia.com

Video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @memomedsos itu memaparkan aksi seorang wanita berbaju biru (macam baju kelawar) yang menunggang sebuah motosikal di sebuah jalan di Lamongan. Namun, perbuatannya yang menutup nombor plat motosikalnya dengan seluar dalam berwarna merah jambu itu yang menarik perhatian umum. Ini kerana, jika dilihat pada kedudukan seluar dalam itu, jelas menunjukkan ia menutup nombor plat motosikal dengan ‘rapi’, bukannya disebabkan tuan empunya badan tak sengaja atau tidak perasan.

Video di sini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Nampaknya sebab sekarang akak ni dah viral, semua orang dah tahu saiz seluar dalam akak. Kan?

Sumber imej: imgflip.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.