LESEN MEMANDU RM2500, LEBIH MAHAL DARIPADA GAJI MINIMUM!

lesen memandu
lesen memandu

Terbaru, di laman X, seorang individu menyuarakan kebimbangannya mengenai kenaikan harga lesen memandu (kelas D) sampai RM2500!

Lesen memandu harga RM2500! 

lesen memandu

Kata individu terbabit, bayaran sebanyak RM2,500 itu adalah jauh lebih tinggi berbanding gaji minimum pekerja di Malaysia dan ia menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Bahkan, dia meminta Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan mengenai isu ini. 

Susulan “posting” itu yang telah tular, terdapat beberapa netizen yang menyuarakan kebimbangan mereka bahawa kenaikan bayaran mengambil lesen kereta ini menjadi beban besar buat mereka yang tidak mampu.

Jika dulu, zaman kita-kita buat lesen ni kurang dari RM1000 kan? Sekarang ini semakin mahal dan mungkin ramai yang hanya membeli lesen tiruan? Patut juga diatas jalan raya ramai “driver” yang kurang bijaknya. Tidak kurang juga dengan lesen motorsikal, sekarang harganya mencecah RM800. Wow! Jauh beza ya dengan zaman dulu. 

Malah menegaskan, lesen memandu ini merupakan pra-syarat untuk mendapatkan pekerjaan dan kenaikan harga ini menjadi penghalang besar untuk masyarakat. 

Dah baca? Jangan lupa “share” dengan kawan-kawan.  

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.