Kereta Yang Disumpah Juga Dituduh Sebagai Penyebab Perang Dunia Pertama

Sumber imej: commons.wikipedia.org

Pada abad ke-20, Graf & Stift merupakan pengeluar kereta paling ekslusif dan kereta yang paling popular ialah Graf & Stift Double Phaeton limosin yang dicipta pada tahun 1910. Namun tahukah anda, kereta ini dituduh sebagai kereta paling berpuaka dan disumpah dalam sejarah dunia? Malah ia juga dituduh sebagai penyebab kepada Perang Dunia Pertama!

Sumber imej: bestride.com

Tanggal 28 June 1914 (hampir 106 tahun lalu), pasangan diraja iaitu Franz Ferdinand dan isterinya Sophie telah ditembak mati semasa berada dalam kereta tersebut ketika lawatan mereka ke Sarajevo. Kematian Franz yang juga merupakan pewaris takhta Austria-Hungary itu telah menyebabkan Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia, sekaligus mencetuskan Perang Dunia Pertama yang berlangsung selama 4 tahun dengan jumlah kematian mencecah hampir 20 juta nyawa. Ironinya, no plat kereta tersebut juga seakan mempunyai misteri tersendiri. No plat itu tertulis sebagai A 111 118 dimana para pengkaji mengaitkannya dengan Armistice 11 November ’18 iaitu tarikh berakhirnya Perang Dunia Pertama. Suratan atau kebetulan?

Sumber imej: theplanforthefuture.org

 

Betul ke kena sumpah? Entah lah. Yang pasti, kereta itu telah dimiliki oleh 15 orang berbeza, pernah terlibat dalam 6 kemalangan berbeza serta menyebabkan 13 kematian! Selepas kematian Franz, kereta itu dimiliki oleh seorang Jeneral Austria yang kemudiannya mengalami masalah mental dan mati. Kemudian, kereta itu berpindah milik kepada seorang kapten. Namun, semasa kapten tersebut memandu kereta tersebut, beliau telah melanggar 2 orang petani dan menyebabkan ketiga-tiga mereka meninggal akibat kemalangan tersebut.

Pemilik seterusnya merupakan Gabenor Yugoslavia dimana sepanjang menggunakan kereta tersebut, beliau telah mengalami 4 kemalangan berbeza dan beliau telah kehilangan sebelah lengannya. Dia percaya kereta itu membawa keburukan, sebelum sahabatnya iaitu Dr Srikis membeli kereta tersebut. 6 bulan kemudian, dia juga terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Selepas itu, kereta itu turut ‘menagih’ nyawa pemilik lain iaitu seorang pelumba kereta berbangsa Swiss, petani dari Serbia dan juga pemilik terakhir iaitu Tiber Hirshfield bersama 4 orang teman rapatnya yang menaiki kereta itu selepas pulang dari majlis perkahwinan.

Selepas banyak kematian dikaitkan dengan kereta tersebut, pihak berkuasa telah memutuskan untuk menempatkan kereta itu di sebuah muzium di Vienna sebagai pameran. Cerita seram kereta ni tidak terhenti disitu, kerana ramai pengunjung yang menceritakan mereka merasa seram sejuk apabila mendekati kereta ni. Orang kata sampai berdiri bula roma! Macam boleh buat movie seram kan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.