Kereta Berkuasa Hidrogen Akan Lebih Dikenali Di Malaysia Selepas Tahun 2024

Sumber imej: thestar.com.my

Pakar industri meramalkan kenderaan berkuasa hidrogen yang lebih mesra alam berbanding kenderaan elektrik (EV) akan lebih dikenali di Malaysia selepas tahun 2024.

Menurut Presiden Persatuan Persekutuan Motor dan Syarikat Kredit, Datuk Tony Khor Chong Boon, hidrogen adalah sumber tenaga yang besar, bersih dan hijau untuk negara. Selain itu, banyak negara-negara maju di seluruh dunia yang turut mengambil langkah yang sama seperti di Amerika Syarikat, Jepun serta pelbagai negara di Eropah.

Sumber imej: popularmechanics.com

Menurut beliau lagi, kenderaan eletrik (EV) mungkin diuar-uarkan sebagai lebih mesra alam berbanding kenderaan yang menggunakan petrol, namun ramai yang terlepas pandang tentang isu pelupusan bateri dan pelepasan gas rumah hijau yang lebih tinggi semasa pembuatannya. Malah, kenderaan elektrik (EV) juga memerlukan penggantian bateri selepas lapan hingga 10 tahun dan proses pelupusan itu juga akan menimbulkan isu alam sekitar.

Sumber imej: science.org

 

Justeru itu, beliau menekankan keperluan untuk pelaburan kerajaan yang lebih agresif dan insentif tambahan untuk mengatasi salah tanggapan terhadap kereta elektrik (EV) selain menggalakkan penggunaan kenderaan hidrogen.

Bagi peminat kereta, Tai Choo Yee pula menjangkakan pertumbuhan positif kenderaan hidrogen di Malaysia, dengan Kerajaan negeri Sarawak yang sedang giat mempromosikan tenaga hidrogen dan menyasarkan untuk menjadi pengeluar hidrogen komersial menjelang tahun 2027. Menurut beliau lagi, cabaran daripada segi infrastruktur dan p endidikan mesti ditangani. Selain itu juga, rakyat Malaysia harus menerima secara beransur-ansur tentang kenderaan hidrogen di pasaran Malaysia yang akan mula menyinar dalam masa beberapa tahun akan datang.

Sumber imej: hydrogen-central.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.