Gara-Gara Ibu Bagi Isyarat Lucah Selepas Memotong Kenderaan, Anaknya Maut Ditembak

Sumber imej: canva.com

“Ibu, perut saya sakit”. Itulah luahan Aiden Leos, 6 tahun, selepas dia terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang pengguna jalanraya yang tidak puas hati dengan ibu mangsa di sebuah lebuhraya di Orange County, California. Menurut laporan, pada hari kejadian, ibunya telah memotong sebuah kereta jenis Volkswagen berwarna putih sebelum memberikan isyarat lucah kepada suspek.

Berang dengan tindakan ibu mangsa, suspek iaitu pemandu wanita bersama seorang penumpang lelaki telah bertindak mengejar kereta mereka sebelum melepaskan satu das tembakan ke arah mereka. Apa yang lebih menyayat hati, tembakan itu telah menembusi bahagian belakang kereta jenis Chevrolet yang dinaiki mereka sebelum terkena bahagian perut kanak-kanak malang tersebut.

Sumber imej: dailymail.co.uk

Terkejut dengan insiden tersebut, ibu mangsa terus memberhentikan keretanya di tepi jalan dan meraung meminta tolong apabila menyedari anaknya terkena tembakan itu. Mengikut saksi kejadian, mereka melihat si ibu dalam keadaan panik dan cuba meminta bantuan. Seorang anggota polis yang berada berhampiran lokasi kejadian cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR). Apabila paramedik tiba, mangsa terus dibawa ke hospital berdekatan, namun malangnya kanak-kanak itu gagal diselamatkan.

Sumber imej: dailymail.co.uk

Apa pendapat anda? Ada pihak yang menyalahkan ibu mangsa kerana kurang sabar dan menyebabkan kejadian itu berlaku gara-gara memberikan isyarat lucah kepada suspek. Namun, rasanya kesalahan ibu itu tidak terlalu berat berbanding jenayah yang dilakukan suspek kerana sanggup melepaskan tembakan dan membunuh mangsa yang tidak berdosa.

Sesunggunya amukan jalanan atau ‘road rage’ itu ada di mana-mana. Di Malaysia pun hari-hari kita jumpa situasi sebegini. Tapi belum lagi sampai ke tahap sanggup membunuh. Paling tak pun menyumpah orang menjadi makhluk haram. Apa-apa pun konsep sabar itu sangat penting. Geram macam mana sekalipun, jangan sesekali memprovokasi sehingga boleh menimbulkan kemarahan yang melampau. Sebab kadang-kadang kita tak tahu yang kita sebenarnya berdepan dengan ‘orang gila’ atau ‘lalok’.

Sumber imej: coverhound.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.