Kejadian LRT Bertembung Pertama Kali Di Malaysia. 47 Cedera Parah

Sumber imej: canva.com

Sekitar jam 8.30 malam pada 24 Mei 2021, tular tentang satu kejadian yang pertama kali berlaku di Malaysia, di mana terdapat dua buah keretapi Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya telah bertembung. Pertembungan di antara keretapi bernombor 40 dan 81 itu dikatakan telah menyebabkan 166 penumpang mengalami luka ringan manakala 47 penumpang pula cedera parah kerana terpelanting akibat impak kuat pelanggaran. Macam mana tak terpelanting andai masa kejadian itu dua tren tersebut bergerak dalam kelajuan 20km sejam dan 40km sejam. Memang kesian.

Sumber imej: hmetro.com.my

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, beliau berkata pihaknya akan melakukan siasatan menyeluruh tentang punca kejadian, samada ianya berlaku akibat kesilapan komunikasi atau sistem. Beliau turut menekankan agar kejadian ini dapat dijadikan iktibar selain aspek keselamatan turut menjadi faktor utama.
Selain itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengarahkan agar siasatan penuh dijalankan dengan kadar segera selain berharap agar kesemua mangsa mendapat rawatan secukupnya.

Jika kita lihat kepada beberapa video kejadian yang tular, kita dapat melihat hampir kesemua mangsa terduduk di lantai tren dengan kaca bertaburan. Kebanyakan antara mereka dilihat mengalami kecederaan, selain ada yang menangis ketakutan dan kedengaran suara mereka yang sedang menahan kesakitan. Semoga mereka semua diberikan kesembuhan dan berharap agar kejadian seumpama ini tidak akan berulang lagi.

Tonton video penuh di sini:

Cumanya sekarang, ada lagi satu benda yang dibimbangkan. Ada tular gambar sekitar stesen LRT berdekatan yang dilihat dipenuhi penumpang yang terkandas. Bila dah ramai macam ni, jangan ditanya tentang penjarakan sosial. Tapi lagi hairan bila dapat lihat ada ramai antara mereka yang tak memakai pelitup muka. Ke ni gambar lama? Ada sesiapa yang tahu?

Sumber imej: facebook.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *