Audi A3 Sedan S Line Dilancarkan Dan Audi RS 3 Sedan Dibuka Untuk Tempahan

  • Audi A3 Sedan S Line ditawarkan pada harga bermula RM 331,990.
  • Audi RS 3 Sedan dibuka untuk tempahan, harga bermula RM 650,000.

 

Baru-baru ini, pihak PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah melancarkan generasi kedua model terkenal Audi, iaitu Audi A3 Sedan, untuk pasaran Malaysia. Sesuai dengan gabungan mewah dan antara jenama kenderaan terunggul di dunia, model ini dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo-4 yang mampu menghasilkan 190PS dan 320Nm tork.

Sumber imej: audi.com.my

 

Bagi rekaan luaran, model ini kelihatan lebih garang dan maskular. Bahagian hadapan dengan Singleframe dan gril bercorak sarang lebah (honeycomb) kelihatan lebih menyerlah, manakala garis badan A3 Sedan sehingga ke bampar belakang juga membuatkannya nampak lebih panjang. Menariknya, garis bumbung yang melandai dari tiang B pula membuatkan model ini kelihatan seperti sebuah coupé.

Sumber imej: audi.com.my

 

Untuk rekaan dalaman pula, ianya jelas lebih elegan, ekslusif serta lebih luas berbanding model terdahulu. Selain itu, ianya lebih moden dengan menggunakan teknologi terkini seperti kokpit maya Audi yang menggunakan paparan sentuh MMI navigation plus bersaiz 10 inci termasuk Audi connect plus sebagai ciri standard. Selain itu juga, platform infohibur modular generasi ketiga (MIB 3) pula memberikan kuasa perkomputeran sehingga 10 kali ganda lebih pantas berbanding model terdahulu. Ia juga boleh disambungkan dengan telefon pintar Audi yang mengintegrasikan telefon iOS dan Android dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Antara ciri-ciri lain yang menarik adalah:

Sumber imej: audi.com.my

 

S Line
A3 Sedan 2.0 TFSI
Petrol/ 2.0 / 140Kw (190 PS) / 7 kelajuan S Tronic

  • Lampu depan LED
  • Roda aloi dengan gaya jejari 5 selari, 8.0J x 17
  • Menggunakan kulit Nappa
  • Audi smartphone interface
  • Turut mempunyai LDW (Lane departure warning)
  • Harga bermula RM 331,990
Sumber imej: audi.com.my

 

Selain daripada menawarkan Audi A3 Sedan S Line, PHSAM juga turut membuka tempahan untuk lagi satu model baharu mereka iaitu Audi RS 3 Sedan. Model kompak yang lebih berkuasa ini pula menawarkan pemanduan yang lebih lincah dan pengendalian dinamik yang lebih luar biasa dengan enjin lima silinder yang membolehkan ia memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 3.8 saat sahaja!

Sumber imej: audi.com.my

Sama seperti warisan RS yang terdahulu, Audi RS 3 Sedan ini didatangkan dengan saiz yang lebih besar, lebar, sistem ekzos sport RS dan paparan kokpit persis jentera lumba. Turut memegang rekod sebagai sedan kompak paling pantas di litar lumba lagenda Nurburgring Nordschleife di Jerman, RS 3 Sedan kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia dengan harga di antara RM 650,000 hingga RM 750,000. Sekiranya ada peminat Audi di sini yang tengah mencari model baharu, maka tidak salah sekiranya anda terus ke Audi Centre di Setia Alam, Glenmarie dan juga di Juru.

Sumber imej: audi.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.