Baru-baru ini, Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan sebuah model “customisation unit” iaitu Aston Martin Vantage – Bohemian Edition. Ia dinamakan sebagai Bohemian Edition sempena spesifikasi tidak konvensional model tersebut, disertakan dengan pemilihan warna cat luaran, Arizona Bronze, dan grill hadapan yang berwarna perak. Untuk pengetahuan juga, warna Arizona Bronze ini merupakan kali pertama digunakan dalam sejarah Aston Martin Kuala Lumpur yang diharapkan dapat menarik minat pelanggan baharu pada masa akan datang.
Selain itu juga, model baharu ini turut telah dikemaskini dengan beberapa ciri tambahan berbanding ciri standard Vantage semasa pelancarannya pada tahun 2018 dahulu. Ini termasuk pek teknologi (masuk tanpa kunci, pemantauan titik buta, bantuan parkir kereta, pad sentuh, suis kaca, lajur stereng elektrik serta kawalan pelayaran), kamera 360 darjah dan ekzos Quad. Memang cukup mewah dan canggih!
Jika sebelum ini Aston Martin Vantage boleh didapati pada harga bermula daripada RM 698,000, harga bagi Aston Martin – Edisi Bohemian pula boleh didapati pada harga bermula daripada RM 890,000 (tidak termasuk cuti dan cukai). Jika hati sudah berkenan dan mampu untuk memiliki jenama kenderaan kesukaan James Bond ini, apa kata anda terus ke pusat pameran dan jualan Aston Martin Kuala Lumpur di Jalan Pinang (belakang KLCC) ATAU menghubungi +60 32163 1196 ATAU hantarkan email kepada astonmartinkl.enquiries@wearnes.com.