Semua Pengedar Volkswagen Sah Di Malaysia Kini Menjadi Pusat 3S Dan 4S

Sumber imej: Volkswagen.com.my

• Terdapat 17 pengedar Volkswagen dan satu rakan kongsi perkhidmatan di seluruh negara.
• Daripada jumlah tersebut, terdapat 14 pusat 4S, tiga pusat 3S dan satu pusat 2S.
• Mendapat 4.93/5 bintang untuk pengalaman jualan dan 4.76/5 untuk pengalaman selepas jualan mengikut Car.Advisor

Baru-baru ini, pihak Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dengan berbesar hati telah mengesahkan bahawa kesemua pusat pengedar Volkswagen yang sah di Malaysia telah pun menjadi pusat 3S dan 4S. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif daripada Volkswagen Cares untuk meningkatkan pengalaman pemilikan untuk pelanggan mereka.

Buat masa ini, terdapat 17 pengedar Volkswagen sah di Malaysia dan satu rakan kongsi perkhidmatan, yang mana kesemuanya terletak secara strategik di kawasan utama di seluruh negara bagi memudahkan urusan pelanggan samada dengan perkhidmatan jualan (sales) atau selepas jualan (aftersales). Daripada jumlah keseluruhan, 14 daripadanya merupakan pusat 4S (jualan, servis, alat ganti dan perkhidmatan cat), tiga lagi merupakan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) manakala satu ialah pusat 2S (servis dan alat ganti).

Selain daripada mengukuhkan rangkaian pengedar, VPCM juga sentiasa akan bekerjasama dengan rakan kongsi pengedarnya untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan professional dan prihatin. Malah usaha ini juga terbukti dalam penilaian yang diberikan oleh pelanggan melalui Car.Advisor.

Secara purata, Volkswagen Malaysia berjaya mencapai 4.93/5 bintang untuk pengalaman jualan manakala untuk perkhidmatan selepas jualan pula mendapat 4.76/5 bintang daripada Car.Advisor melalui keputusan tahunan yang dilaporkan pada April 2022. Semua penilaian dan juga ulasan yang diberikan oleh Car.Advisor juga boleh diakses melalui laman sesawang mereka.

Menurut Erik Winter selaku Pengarah Urusan VPCM, beliau percaya bahawa pengalaman pemilikan yang dialami oleh semua pelanggan adalah sangat penting. Beliau turut berkata bahawa dengan rangkaian 3S dan 4S di seluruh negara, mereka yakin mampu menyediakan kemudahan untuk kesemua pemilik Volkswagen di Malaysia.

Jika anda ingin mendapatkan lebih maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang mereka di www.volkswagen.com.my

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.