Apa Jadi Bila Kereta F1 Ferrari Guna Jalan Raya Awam?

Sumber imej: formularapida.net

Kebiasaannya kita hanya nampak kereta lumba F1 Ferrari di litar lumba bukan? Bagaimana jika ada yang menggunakan kereta lumba tersebut di jalan raya awam? Sudah tentu ia akan membuatkan pengguna jalan raya yang lain terpinga-pinga. Nak kata ada penggambaran filem, mustahil sebab tiada kamera atau krew penggambaran langsung.

Sumber imej: republicworld.com

Sama seperti kejadian beberapa hari lepas di mana terdapat sebuah kereta lumba Formula Satu (F1) Ferrari yang dikesan menggunakan sebuah lebuhraya dua lorong D4 dari Prague, Republik Czech menuju ke sempadan Jerman. Walaupun ia merupakan sebuah jentera F1 Ferrari yang lama (tribute kepada Ferrari F2004 yang digunakan oleh Michael Schumacher semasa musim Formula 1 tahun 2004), namun kelibatnya di atas jalan raya sudah tentu membuatkan kejadian sebegitu menjadi topik hangat.

UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

Sumber imej: snaplap.net

Jadi, adakah jentera itu boleh menggunakan laluan jalan raya awam sewenang-wenangnya? Sudah tentu TIDAK!
Ia merupakan satu kesalahan besar kerana sesiapa pun tidak dibenarkan untuk memandu kenderaan seumpama itu di mana-mana laluan jalan raya awam. Itu jalan raya tau, bukan laluan Grand Prix. Walaupun pihak polis Czech berjaya mengesan pemilik jentera tersebut, namun suspek berusia 45 tahun itu mengatakan bahawa bukan dia yang memandu kereta itu pada hari kejadian.

Sumber imej: twitter.com

Malah, suspek juga berjaya terlepas daripada hukuman hanya kerana individu yang memandu dalam kejadian itu memakai topi keledar. Jadi agak sukar untuk dikenal pasti siapa sebenarnya pemandu misteri terbabit. Jika didapati bersalah, pemandu Ferrari F1 itu bukan sahaja bakal dikenakan penalti seperti larangan menggunakan jalan raya sehingga setahun, malah dia juga bakal dikenakan saman sehingga berpuluh-puluh ribu dolar.

Nak tengok video dia memecut di jalan raya? Tonton video di bawah:

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.