8 Proses Pembelian Kereta Yang Wajib Anda Tahu

Sumber imej: amocofcu.org

Kepada yang sedang mencari kereta, mesti anda keliru tentang proses yang betul kan? Caranya amat mudah, cuma baca dan faham perkongsian daripada kami:

1. Ukur Kemampuan Sendiri

Sumber imej: riderslodge.com.my

Harga kereta mestilah tidak melebihi gaji tahunan anda. Contohnya gaji anda ialah RM 3,500, jadi kereta yang terbaik untuk anda adalah di bawah RM 42,000 (RM 3,500 X 12 bulan = RM 42,000).

Atau anda juga boleh lihat ansuran bulanan kereta tersebut yang mana ianya tidak melebihi 15 peratus daripada gaji anda. Contohnya 15% daripada RM 3,500 ialah bersamaan RM 525 sebulan. Bila anda dah buat perkiraan awal-awal macam ni, baru anda boleh mula buat survey kereta apa yang sebenarnya berada di dalam lingkungan harga mampu milik anda. Bukan apa, supaya anda tak bazir masa tersalah survey kereta yang di luar kemampuan. Ukur baju di badan sendiri.

2. Survey Kereta Di Internet.

Sumber imej: riderslodge.com.my

Survey ini sangat penting supaya anda tahu perbezaan harga bagi satu kereta yang sama. Kalau anda sedang mencari kereta baharu dan buat survey di laman sesawang rasmi jenama sesebuah kereta, mungkin tiada perbezaan harga kereta yang ketara. Namun sekiranya anda sedang mencari kereta terpakai, anda harus lebih berhati-hati.

Sekarang ni bukan sahaja di mudah.my tapi anda juga boleh buat survey di Carsome, myTukar, Carlist atau di media sosial seperti di Facebook pun ada. Bahkan, sudah ramai jurujual kereta yang buat content di TikTok, YouTube dan platform lain untuk mempromosikan kereta yang mereka jual. Apa yang penting, jangan terlalu percaya dengan apa yang anda llihat di internet. Cukup sebagai survey harga dahulu sebelum anda ke proses yang seterusnya.

3. Lihat Sendiri Kereta.

Sumber imej: pwc.com

Proses ini sangat penting dan tidak harus diabaikan. Seperti yang kami katakan di atas, jangan terlalu percaya dengan apa yang anda lihat di internet. Apatah lagi terus percaya bulat-bulat pada ejen untuk proses pembelian. Yang penting pergi lihat sendiri kereta idaman anda. Jika ianya kereta baharu, datang ke pusat pameran dan cuba pandu uji sendiri kereta tersebut sampai anda puas hati.

Namun jika anda ingin membeli kereta terpakai, tolong bawa bersama kawan atau mekanik yang anda kenal yang tahu selok-belok tentang kereta. Minta bantuan mereka untuk periksa samada kereta tersebut betul-betul dalam keadaan yang selamat untuk dipakai. Bukan apa, takut anda tertipu sebab sudah banyak kes yang mangsa tersalah beli kereta yang pernah terlibat kemalangan teruk atau kereta yang pernah ditenggelami air banjir.

4. Hantar Dokumen

Sumber imej: vernfonk.com

Di sini kami sediakan senarai dokumen yang selalunya anda perlu sediakan dan berikan kepada ejen kereta:

Pekerja Kerajaan:
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan lesen
3. Slip 3 bulan gaji
4. Bank statement (3 bulan atau bergantung kepada bank)

Pekerja Swasta:
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Lesen
3. Slip 3 bulan gaji. Kalau ada OT atau elaun sila bagi 6 bulan.
4. Bank Statement 3/6 bulan ikut payslip.
5. Penyata KWSP

Peniaga:
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Lesen
3. Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM)
4. Bank Statement 6 bulan

Skim Graduan (siswazah yang telah tamat belajar):
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Skrol Degree atau Diploma / Transcript
4. Surat tawaran pekerjaan.

Pelajar:
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Kad Pelajar
4. Dokumen Penjamin (rujuk kepada pekerja swasta /kerajaan)

5. Urusan Pembiayaan / Pinjaman Bank – Ejen

Sumber imej: hdfcergo.com

Selepas semua dokumen yang dinyatakan di atas sudah dihantar, ejen kereta anda akan menyuruskan semua proses untuk pembiayaan dan pinjaman anda dengan pihak bank. Kemudian, anda juga kebiasaannya akan ditemuramah oleh pihak bank bagi proses pengesahan dan kelulusan. Biasanya kalau skor kredit anda cantik, lulus pun mudah je.

6. Tandatangan Perjanjian Pinjaman / Pembiayaan Bank

Sumber imej: maxloans.co.nz

Samada anda lulus atau tidak, pihak bank akan memberitahu pihak ejen. Kalau pinjaman anda lulus, anda perlu hadir ke bank dan berjumpa dengan pegawai terlibat untuk proses menandatangani perjanjian pinjaman atau pembiayaan bank.

7. Tunggu Pengeluaran Kereta

Sumber imej: reddit.com

Selepas anda sudah tandatangan perjanjian dengan pihak bank, ejen kereta anda akan membantu untuk proses pengeluaran kereta. Proses ini yang sekarang agak lama. Kalu dulu anda boleh terus dapat kereta dalam masa beberapa hari sahaja. Namun kini, sesetengah pembeli kereta harus menunggu sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mendapatkan kereta baharu mereka. Alang-alang menunggu tu, jangan lupa untuk selesaikan pendaftaran di JPJ, insurans dan juga cukai jalan kereta anda ya!

8. Siap! Ambil Kereta

Sumber imej: pinterest.co.uk

Kalau semua dah selesai dan kereta anda sudah tersedia, anda boleh terus datang ambil kereta sendiri atau ejen akan hantar mengikut persetujuan. Sekiranya sebelum beli ejen ada janjikan nak bagi beberapa hadiah menarik jangan lupa untuk tuntut dengan ejen tu.

Biasanya hadiah bergantung kepada ejen sendiri samada nak bagi anda baucar tunai, tinted cermin, minyak penuh tangki atau apa-apa sahaja hadiah lain termasuk payung dan sebagainya. Apa yang penting, tuntut jangan tak tuntut.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.