Pergi Pertandingan Memancing Ikan, Tapi Bawa Balik Ford Mustang!
Bertuahnya dia! Itulah kata-kata yang dapat diberikan kepada pemuda berusia 24 tahun ini apabila beliau telah memenangi sebuah kereta Ford Mustang berwarna kuning dalam acara cabutan bertuah anjuran sebuah pertandingan memancing oleh Joran Bukit Merah Laketown di Tasik Darul Aman, Kedah.
Difahamkan, pada mulanya bukan hanya pemancing yang layak untuk memenangi kereta yang bernilai lebih dari RM 500,000 itu. Menariknya, bagi melayakkan diri untuk memenangi cabutan bertuah itu, para peserta kaki pancing hanya perlu membayar RM 100 untuk penyertaan dan tambahan RM 40 untuk menyertai cabutan bertuah. Bagi pengunjung yang hadir pula, mereka cuma perlu membeli t-shirt bernilai RM 50 untuk melayakkan diri mereka untuk cabutan bertuah.
Akhirnya bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu selepas akhirnya manusia yang paling bertuah dalam acara tersebut ialah pemuda yang berasal dari Muar, Johor.
Samada dia mampu untuk menanggung segala kos penyelenggaraan, minyak kereta dan sebagainya, itu hal dia. Apa yang penting sekarang, dia menang kereta bernilai setengah juta ringgit secara PERCUMA! Lepas ni lagi ramai la kaki pancing nak masuk bertanding. Mana tahu silap haribulan bukan setakat ikan, kereta pun dapat.