Justin Bieber “Diharamkan” Daripada Beli Ferrari
Siapa tak kenal Justin Bieber? Artis popular yang satu ketika dahulu pernah ‘mencairkan’ hati gadis-gadis dengan lagu Baby. Walaupun beliau memiliki berjuta peminat di seluruh dunia dan kini sudah pun berkahwin dengan model Hailey Bieber, selain memiliki kekayaan bernilai US$400 juta (RM 1.757 bilion), namun ada satu benda yang telah ‘diharamkan’ untuk Justin Bieber—beliau dilarang daripada membeli kenderaan Ferrari. Sekaligus, namanya juga tersenai bersama beberapa selebriti dunia yang lain yang pernah disenaraihitam oleh pihak Ferrari, termasuk 50 Cents, Kim Kardashian dan Nicholas Cage.
Kenapa Ferrari senaraihitam Justin Bieber? Untuk pengetahuan, Justin Bieber sebenarnya pernah memiliki sebuah Ferrari F458 Italia tahun 2011 yang mampu menghasilkan 562 kuasa kuda dan 540 Nm tork. Namun malangnya, akibat beliau suka ubahsuai kereta mewah itu mengikut citarasa tersendiri, dia telah pun melanggar kod tatakelakuan (code of conduct Ferrari). Antara kesalahan yang dilakukan adalah:
- Menukar warna asal Ferrari (daripada putih kepada biru ‘electric blue’).
- Membuang logo Ferrari daripada stereng.
- Menukar rim aloi dan lain-lain body kit.
- Melelong Ferrari miliknya sedangkan pihak Ferrari tidak membenarkan mana-mana pemiliknya daripada menjual jentera mewah itu pada tahun pertama pemilikan. Lagipun, pemilik juga sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak Ferrari tentang penjualan selain pemilik dilarang sama sekali untuk melakukan sebarang pengubahsuaian pada jentera Ferrari.
Wow! Banyak sangat undang-undang untuk pemilik Ferrari kan? Salah sikit terus kena senaraihitam. Patut la Justin Bieber pun ‘diharamkan’ daripada membeli jentera Ferrari pada masa akan datang. Lihat sahaja kesalahan yang dilakukannya.
Tidak mengapa la, Justin. Lepas ni cuba beli ‘supercar Malaysia’, si Perodua Myvi pula. Dah la laju, boleh buat apa-apa jenis ubahsuai pun tak apa. Sebab itu kami gelar ia sebagai Supercar Malaysia.