Undang-Undang Baru: Jangan Bagi Rusa Jilat Kereta Anda

Bayangkan anda sedang berada di dalam sebuah kereta di jalan yang sunyi. Tiba-tiba seekor rusa melintas. Sudah tentu anda akan berhenti untuk mengambil gambar, selfie atau bagi makan kepada haiwan yang jarang ditemui tu kan?
Tapi tahukah anda, negara Canada telah mengeluarkan undang-undang baru larangan memberhentikan kereta dan membiarkan rusa atau moose untuk menjilat kereta mereka. Kita kena fikir sejenak kenapa. Sebab, spesis rusa moose dia memang besar! Jangan bayangkan rusa macam kita nampak di Malaysia tu. Sebab rusa moose ni dia punya saiz tu kadang-kadang lagi besar dari kereta. Cuba tengok pada tanduknya. Gerun!

Sebenarnya, spesis moose di Canada ni amat suka dan ketagih untuk jilat garam jalan dari kereta. Jadi, oleh kerana ramai sangat pengguna jalanraya di Canada yang suka berhenti dan ‘bermanja’ dengan rusa besar ni, kerajaan mereka terpaksa mengeluarkan undang-undang baru selain meletakkan beberapa signboard di jalanan yang selalu menjadi laluan rusa-rusa tersebut.

Malah, sekiranya ada sesiapa yang cuba mengganggu, memberi makan atau membiarkan haiwan liar itu untuk menjilat kereta, mereka akan dikenakan saman sehingga C$25,000 (bersamaan RM 78,663). Saman dia sama mahal dengan harga sebuah kereta weh!
Jadi, cara terbaik untuk elakkan haiwan liar tu daripada mendekati kereta, anda perlu hon, cuma hon tu jangan melampau sangat. Nanti dia naik minyak, naya kereta tu. Macam kalau gajah di Malaysia pula, dilarang untuk hon. Kalau hon, hancur kereta tu dikerjakan.

P/S: Kalau kat Malaysia kes haiwan liar jilat kereta takde. Yang ada cuma kes harimau jilat muka pakcik atas jalanraya di Bukit Besi, Dungun tahun lepas.
