Hi, Proton X50 Bumblebee. Modifikasi Lebih RM50,000

Sumber imej: carlist.my

Sekilas pandang, kereta Proton X50 ni seakan watak Bumblebee dalam Transformers tu kan? Tapi anda tahu tak kereta ni sebenarnya milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Lee yang mana dia telah membuat beberapa modifikasi pada kereta miliknya. Bukan kaleng-kaleng orang bernama Lee ni. Sebab, jumlah keseluruhan yang dia belanjakan untuk mendapatkan kereta Proton X50 TGDi Flagship persis Bumblebee ni mencecah sehingga RM 52,000! Wow!

Sumber imej: paultan.org

Dalam temuramah dengan Paul Tan, Lee mengatakan bahawa antara benda pertama yang dia buat ialah membalut hampir keseluruhan keretanya dengan chrome-delete yang mana bahagian gril, tepi tingkap dan headlights dibalut dengan gloss black vinyl. Bahagian tayar pula ditukar kepada rim tayar 20-inci dari Veemann (harga lebih kurang RM 5,400 satu set) manakala jenis tayar yang digunakan ialah Michelin Pilot Sport 4 S (RM 1,100 setiap satu tayar). Selain itu, cakera belakang bakal digantikan dengan 380-mm ventilated discs yang diambil dari Porsche Cayenne!

Sumber imej: paultan.org

Dari segi interior pula, Lee telah membalut hampir keseluruhan bahagian dashboard dengan Alcantara hitam. Untuk sistem bunyi pula, Lee menghabiskan kira-kira RM 4,500 termasuk menambah pembesar suara FRP, subwoofer aktif di bahagian underseat serta pemproses bunyi digital. Malah dia turut menambah “sound dampening mats”, bertujuan untuk menambah baik kualiti bunyi.

Sumber imej: paultan.org

Jadi, apa pandangan anda dengan modifikasi yang dilakukan oleh Lee? Adakah berbaloi untuk membuat modifikasi yang jumlahnya lebih RM 50,000? Apa-apa pun, janganlah kita amalkan sikap biar papa asal bergaya. Kalau poket tebal macam Lee ni tak salah kalau anda nak cuba. Sebab, hanya yang berpoket tebal yang tidak kisah membuat modifikasi yang memberikan kesan kepada warranty kereta mereka. Tak gitu?

Sumber imej: paultan.org
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *