Lembu Pun Nak Beli Mazda? Masuk Bilik Pameran Tanpa Disedari

Sumber imej: dailyrecord.co.uk

Para pekerja di sebuah pusat pameran kereta Mazda di Scotland terkejut apabila mendapati seekor lembu berjaya melolos masuk ke dalam bilik pameran. Semasa kejadian, lembu itu dilihat berlegar-legar di sebelah kereta Mazda MX-5 and Mazda 2 sebelum ia panik dan cuba meloloskan diri dengan merempuh halangan pintu belakang. Macam tengah “window shopping” pula kan? Berkenan tengok kereta Mazda kot lembu ni.

Sumber imej: paultan.org

 

Sumber imej: via autobuzz.my

Walaupun hanya masuk sekejap, namun lembu itu telah menyebabkan kerosakan dan kerugian hampir AS$2,000 (bersamaan RM 8,000). Bila ditanya kepada pekerja di bilik pameran itu, mereka agak terkejut dan takut untuk mendekati lembu terbabit disebabkan saiznya yang agak besar. Kena bayangkan, ini bukan macam saiz lembu di Malaysia tau. Cuba tengok gambar di bawah ni. Macam lagi besar dari kereta Mazda tu kan?

 

Sumber imej: dailyrecord.co.uk

Disebabkan mereka semua takut yang lembu tersebut akan menyebabkan lebih banyak kerosakan dan kerugian, maka mereka cuba menangkapnya sebelum berjaya dikembalikan kepada pemilik lembu tersebut. Akhirnya, segara kerugian terpaksa dibayar oleh pemilik lembu berkenaan, selain dia turut memberikan sebotol wiski kepada pengurus besar bilik pameran Mazda, iaitu James Merrins, sebagai tanda maaf.

Hmm…Cakap pasal lembu dan kereta ni teringat pula tentang kes ada seorang mak cik di India yang lumur tahi lembu pada kereta Toyota Corolla Altis dia kerana dia percaya perbuatan itu boleh menyejukkan suhu kereta pada musim panas. Biar betul?

Sumber imej: gulfnews.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *