Shelby Supercars (SSC) Tuatara: Kereta Paling Laju Di Dunia Cecah 532 KM/J


Pada tahun 2019, kereta paling laju di dunia ialah Bugatti Chiron dengan kelajuan sehingga 304.77 mph (490.48 km/j). Namun bagi tahun 2020, rekod kereta paling laju di muka bumi ialah Shelby SuperCars (SSC) Tuatara dengan kelajuan 331 mph (532 km/j). Untuk memecahkan rekod tersebut, seorang pelumba kereta, iaitu Oliver Webb, telah pun memandu SSC Tuatara yang berwarna hitam tersebut di sebuah jalanraya di luar Las Vegas, Nevada. Pada percubaan kali pertama, kelajuan yang mampu dicapai cuma 301.07 mph (484.53 km/j). Namun selepas berpatah balik, dia melakukan percubaan kali kedua sehingga kelajuan kereta itu mencapai 331.15 mph (532 km/j).

Tuatara, dengan bentuk aerodynamic seakan jet pejuang dan bentuk pintu seakan rama-rama dan 1,750 hp dari enjin turbocharged V-8, merupakan kereta buatan SSV North America. Pernah menggelarkan diri mereka sebagai “America’s first hypercar company”, kini syarikat ini telah menghasilkan 100 buah Tuatara untuk dijual kepada pelanggan yang berminat. Pelanggan yang berminat tu maksudnya yang mampu, sebab harga permulaan kereta ini pun dah mencecah $1.9 juta (RM 7.8 juta).

 

Untuk melihat video penuh oleh Top Gear, anda boleh tonton di sini:

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.