Maserati Dedah “Supercar” Pertama Selepas 15 Tahun

Sumber imej: maserati.com

 

Syarikat Maserati baru sahaja mendedahkan supercar pertama selepas 15 tahun pada 9 September. Supercar yang bakal dijual dengan harga US$210,000 (bersamaan RM 874,755) ini mampu memecut sehingga 202 mph (325 km/j) atau memecut dari 0 hingga 60 dalam masa kurang dari 3 saat.

Berbeza dengan rekaan supercar terdahulu, iaitu Maserati MC12 yang berharga US$ 800,000 (RM 3.3 juta) yang dihentikan penjualannya pada tahun 2005, supercar Maserati terbaru, MC20, merupakan hasil rekaan sepenuhnya oleh syarikat Maserati, termasuk enjin V6 dengan 630 horsepower turbocharged.

Sumber imej: edition.cnn.com

 

Mengikut CEO Maserati, Davide Grasso, sistem yang digunakan oleh Maserati MC20 merupakan sama seperti yang digunakan oleh enjin kereta Formula 1. Selain itu, dia juga turut mendedahkan bahawa syarikat Maserati bakal memperkenalkan supercar elektrik versi MC20 pada tahun 2022.

Kalau kita lihat pada MC12, hanya 50 unit yang dihasilkan dan harganya juga memang sangat mahal, sehingga pada tahun 2018, terdapat sebuah supercar Maserati MC12 yang dijual di RM Sotheby’s dengan nilai sebanyak US$ 2.5 juta (RM 10.4 juta)!

Jadi, keluaran MC20 ini dilihat mampu manyaingi kehebatan jentera terdahulu dari segi harga yang lebih mampu milik, selain kuasa enjin yang lebih canggih. Mengikut jurucakap Maserati, supercar ini juga baru dalam proses pembinaan. Jadi, ianya hanya akan bakal dijual di negara Amerika Syarikat pada tahun 2021.

Lihat galeri Maserati MC20 di bawah:

Sumber imej: maserati.com, cnet.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *