See My Level. Tabur Duit Dari Helikopter Sempena Majlis Perkahwinan Adik

Sumber imej: curlytales.com

Macam dalam filem Bollywood. Majlis perkahwinan yang diadakan secara besar-besaran yang menelan belanja ratusan ribu. Tapi demi adik tersayang dan sempena menyambut majlis perkahwinan saudara bongsu mereka, empat saudara telah memilih untuk menyewa sebuah helikopter di Punjab, Pakistan.

Sumber imej: aonehelicopters.com

Walaupun kos sewaan helikopter sahaja sudah menelan belanja sebanyak Rs 1.8 juta (RM 47,265), namun ianya bukan sesuatu yang mustahil bagi keluarga kaya yang turut memiliki perniagaan di Itali. Lagi menarik, wang kertas berjumlah Rs 2 juta (RM 52,517) turut ditabur sepanjang laluan rombongan pengantin lelaki. Kiranya para tetamu dan sesetengah penduduk kawasan berdekatan dihujani wang kertas, termasuk mata wang asing Euro! Bukan biasa-biasa punya sambutan ni.

Sesekali teringat pula scene Shah Rukh Khan turun dari helikopter sebelum berlari masuk ke dalam rumah dan sambung joget dalam filem Kabhi Khushi Kabhie Gham. See my level okay?

Sumber imej: hnet.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *