Perlu Ke Sampai Saman Penjual dan Pembeli Makanan Di Lampu Isyarat?
Sesekali terpandang beberapa pemuda yang sedang menjual makanan dekat kawasan lampu isyarat, hati selalu terdetik. Kesiannya mereka. Sanggup berpanas dan meredah hujan untuk menjual makanan. Tapi terfikir juga, tak bahaya ke cara mereka menjual macam ni? Bukan apa, walaupun di kawasan lampu isyarat dan kereta dan berhenti, tapi kadang-kadang ada je motosikal yang suka selit sana sini. Lagipun jika diperhatikan, ada juga penjual yang akan berdiri di tengah-tengah laluan. Kan bahaya tu.
Baru-baru ni, pihak polis dari beberapa negeri di Malaysia telah mengarahkan beberapa pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk ‘melawat’ lokasi yang selalu menjadi ‘lubuk’ untuk penjaja jalanan menjual makanan mereka. Selain itu, mereka juga telah mengeluarkan saman terhadap peniaga yang terlibat atas kesalahan perbuatan menjaja di jalanan sebegitu boleh mendatangkan bahaya kepada penjual dan juga pengguna jalan raya.
Tapi, walaupun dah banyak saman yang dikeluarkan, namun ada antara peniaga yang masih berdegil. Malah, kini kita boleh lihat hampir di semua lampu isyarat utama (lebih-lebih lagi kawasan bandar sesak) yang membuat aktiviti jualan. Adab berniaga, jika tiada pembeli maka tiadalah penjualnya. Jadi apa yang pihak polis buat sekarang adalah selain bagi saman pada penjual, mereka turut akan saman pembeli pula! Bukan sikit, tapi boleh mencecah RM 2,000 jika didapati bersalah membeli produk! Jadi ianya sedikit sebanyak akan membuatkan pembeli untuk takut dan tidak lagi membeli. Maka, pihak polis berharap ‘trend’ jualan macam ni akan berkurangan.
Kejap, rasanya ada lagi satu pihak yang polis kena saman. Siapa? Sudah tentu pemilik yang mengaut keuntungan daripada jualan makanan di jalanan ni. Kita kena faham yang si penjual tu adalah ‘pekerja’ sahaja. Sebab itu di mana-mana sahaja kita dapat tengok bekas dan label pada makanan tu sebenarnya datang dari sumber yang sama. Jadi, takkan penjual sahaja yang kena saman? Saman la sekali tuan produk tu. Kan?
Selain itu, netizen Malaysia turut memberikan pandangan berbeza tentang isu ini. Apa kata anda?
P/S: Sedap pulak tengok jeruk mangga asam boi ni. Nak beli, tapi takut kena saman.