“Portable Toilet”: Tandas Bergerak Yang Boleh Dipasang Pada Kereta Anda

Sumber imej: odditymall.com

 

Bayangkan tiba-tiba nak ‘memerut’ masa tengah driving. Tengok R&R atau stesen minyak yang paling dekat pun lagi beratus kilometer. Kena pulak jalan jem macam masa nak balik beraya tu. Apa nak buat? Jangan risau. Kini anda dah boleh dapatkan Bumper Dumper. Apa tu?

Bumper Dumper ni ibarat portable toilet atau tandas bergerak. Di mana anda boleh pasang pada bumper, atau tayar kereta! Menarik kan? Innovasi pelik tapi kreatif ni dikatakan berasal dari luar negara, dan idea untuk menciptanya datang dari seorang lelaki yang terseksa nak memerut, tapi tak jumpa tandas terdekat. Jadi dia cipta alat ni dan kini boleh juga didapati di Amazon pada harga US$94.95 (RM 398.55). Mahal jugak yea?

Sumber imej: youtube.com

 

Jangan main-main tau. Bumper Dumper ni pernah masuk rancangan Top Gear. Di negara kecil seperti Malaysia, mungkin kita anggap benda ni merepek. Tapi bagi negera besar seperti Amerika Syarikat atau Rusia, benda ni mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang suka melancong.

Kalau tiba-tiba masa tengah driving tu terasa nak ‘memerut’, jangan risau. Parking je mana-mana dan pasang alat ni di bahagian bumper atau tayar. Cara pemasangannya pun mudah. Kalau tiada bekas atau plastik, anda boleh gali je tanah macam dalam gambar ni. Lepas tu pandai-pandai la kambus tanah tu sendiri. Macam kucing selalu buat tu.

Tengok minah mat saleh ni, rilex je dia tersenyum.

Sumber imej: brightside.me

 

Ada panduan untuk guna. Jangan la guna masa kereta tengah berjalan. Cari nahas tu.

Sumber imej: brightside.me

 

Kalau rasa malu-malu atau segan, pakaikan dia dengan khemah kecik macam ni:

Sumber imej: bumperdumper.com

 

Rasa terpikat, terpegun? Jadi macam mana? Nak beli ke? Kalau beli, jangan lupa share gambar kepada kami. Nak juga tengok orang Malaysia yang pakai alat ni. Tapi kalau kita pakai kereta terbang, jangan la guna yea. Kang kelepap jatuh ke muka orang bawah. Naya.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *