Suami Hadiahkan Isteri Kereta Bugatti Chiron Pink Bernilai RM12.89 Juta

Sumber imej: motor1.com

Bertuah sungguh bagi seorang isteri bernama Alice apabila suami kesayangan telah menempah sebuah kereta mewah Bugatti Chiron Sport yang ‘fully customised’ untuk isteri tercinta sempena menyambut Hari Kekasih baru-baru ini. Kereta itu telah ditempah secara khas melalui pengedar sah Bugatti di United Kingdom, iaitu H.R Owen Bugatti, dengan pilihan warna istimewa gabungan putih dan merah jambu Matt Blanc dan Silk Rose, yang juga warna baru yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana kereta jenis Bugatti lain sebelum ini. Lagi menarik, nama ‘Alice’ juga telah disulam pada tempat duduk termasuk di ambang pintu kereta.

Sumber imej: autoblog.com

Sumber imej: tekdeeps.com

Umum ketahui yang kereta Bugatti Chiron Sport ini merupakan sejenis kereta dengan W16 8.0 liter quad-turbocharged, yang mana ia mampu menghasilkan 1,500 kuasa kuda (hp). Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan untuk memecut dari 0 hingga 60 mph dalam hanya 2.3 saat sahaja. Lagi hebat, kelajuan tertinggi yang pernah direkodkan adalah sekitar 261 mph!

Sumber imej: autoblog.com

Dengan prestasi yang sangat hebat dan reka bentuk mewah, maka tiada siapa yang akan pertikaikan harga kereta ini yang boleh mencecah sehingga $USD 3.2 juta atau bersamaan dengan RM 12.89 juta! Untungla isteri dia.

Samada kereta ni merupakan hadiah ikhlas seorang suami untuk isteri tercinta, atau sekadar hadiah untuk memujuk isteri, rasanya semua kesalahan si suami telah pun dimaafkan oleh si isteri kot. Nasib baik lelaki ni berada di luar negara. Kalau dalam Malaysia, boleh jadi kegilaan para ‘sugar baby’ yang tengah jadi isu panas dalam negara sekarang ni. Hm…

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *