Perodua Bakal Lancar SUV Pertama Ativa D55L Pada 3 Mac. Harga Bermula RM62,500

Sumber imej: rojakdaily.com

Selepas sekian lama, akhirnya Perodua pula bakal mengeluarkan kenderaan utiliti sukan SUV kompak pertama mereka. Turut dikenali sebagai ‘Perodua Kembara versi baharu’, Perodua D55L atau Ativa akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Mac 2021. Kini, anda sudah boleh membuat tempahan awal bermula 19 Februari 2021.

Mengikut pihak Perodua, D55L Ativa akan menjadi kereta turbocharge pertama buatan Perodua dan juga model pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.

Sumber imej: lowyat.net

Jika dilihat dari segi gambar yang tular, kita boleh mengagak yang bentuk kereta ini adalah merujuk kepada model kereta Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Menariknya, selain turut menjadi kereta pertama Perodua yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), penggunaan bahan api juga dilihat agak memberangsangkan, iaitu 18.9km/liter. Bakal ditawarkan dalam tiga varian iaitu varian H, AV dan X, warna model bagi keluaran terawal ini dilihat masih mengekal ciri warna ‘selamat’ iaitu terdiri dari warna putih (pearl diamond white), merah (pearl delima red), biru (cobalt blue), kelabu (granite grey) dan akhir sekali “glittering silver”.

Selain itu juga, SUV pertama Perodua ini akan ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km. Manakala bagi harga yang ditawarkan pula ialah bermula antara RM 62,500 hingga RM 73,400. Anda rasa berkenan ke? Sila layari laman sesawang Perodua untuk membuat tempahan awal sekarang.

Sumber imej: perodua.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *