Jerebu, Oh Jerebu. Ciri Keselamatan Jalan Raya Yang Ramai Abai Tanpa Sedar

Source: gulftoday.ae

Indonesia punya kebakaran, Malaysia yang dapat asap. Bukan menuduh, tapi realiti yang harus rakyat Malaysia hadapi setiap tahun. Hari ini pula, Malaysia telah mencatatkan IPU pencemaran udara ketiga tertinggi di dunia (IPU 271) selepas Iran (IPU 385) dan Indonesia (IPU 303)! Namun, walaupun kadar IPU tinggi, rakyat Malaysia masih mengabaikan banyak ciri keselamatan penting yang patut diutamakan semasa musim jerebu ni. Anda rasa anda kebal di jalanraya? Fikir lagi.

 

1. TOPENG MUKA (FACE MASK) N95

Source: indiamart.com

Wahai rakyat Malaysia sekalian, topeng muka yang paling sesuai dipakai semasa jerebu adalah seperti gambar di atas dengan kod N95. Tapi berapa kerat je yang pakai ni? Yang selalu nampak pakai topeng pembedahan (surgical mask) tu ada lah. N95 ni boleh menapis habuk dan debu sehingga sehalus 0.3 mikrometer tau. Abang atau kakak yang rider motosikal tu, sila la beli dan pakai ni. Jangan la anggap bulu hidung anda sudah memadai untuk tapis pencemaran jerebu. Serius, nampak ramai je rider motosikal dengan selamba badak keluar rumah tanpa pakai ni.

2. PASANG LAMPU KENDERAAN

Source: lesschwab.com

Jangan ingat kadar penglihatan semua manusia sama. Yang mata elok pun nampak samar-samar semasa jerebu. Apatah lagi yang rabun jauh atau dekat? Jadi pastikan anda memasang lampu kenderaan (fog beam) semasa jerebu tidak kira siang atau malam. Lebih-lebih lagi kereta yang berwarna kelabu tu. Dah la warna kereta pun macam warna asap, kedekut pulak nak pasang lampu. Tak habis minyak pun kalau anda on fog beam tu. Faham ke tak faham?

Source: carid.com

 

3. KAWAL JARAK KENDERAAN

Source: bharian.com.my

Mengikut Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros), sila jaga jarak kenderaan anda. Pastikan jarak antara kenderaan tu kekal antara 4 hingga 12 saat. Kenapa? Sebab kalau yang depan tu berhenti mengejut, anda ada cukup masa untuk elak. Tapi… tapi… Di Malaysia benda ni paling terabai. Kenapa korang suka memandu macam nak cium kereta depan? Lepas tu kalau orang dah jaga jarak kenderaan tu, minta tolong pada kaum yang suka potong ‘queue’. Korang memang pantang tengok ruang eh? Ada je kaum sesat ni nak mencelah. Signal pun tak bagi. Nasihat terbaik: sila pupus!

 

4. PAKAI PAKAIAN BERWARNA TERANG

Source: zine.my

Pada yang naik kereta tu, takde masalah nak pakai baju warna apa pun. Tapi kalau rider sekalian sila pakai baju terang bak warna neon tu untuk memudahkan pengguna jalanraya lain sedar ‘kewujudan’ anda. Sila elak pakai baju yang warna suram dan jangan suka nak menyelit di celah-celah kenderaan. Bukan apa, musim jerebu ni penglihatan agak kabur. Baju hujan pun kalau boleh JANGAN beli yang warna gelap macam kat bawah ni. Sekali pandang dah macam Undertaker dlm WWE tu ha..

Source: my.carousell.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *