Pemandu yang Mahir Dapat Mengurangkan Pencemaran Udara

Ahli automologi MAC adalah seorang pemandu yang berpengalaman tetapi dia mungkin bukan yang “terbersih” …

Tinggal di Asia Tenggara sekarang ini nampaknya tidaklah begitu hebat. Paru-paru kita tersumbat disebabkan oleh petani-petani yang mempraktikkan teknik pembakaran ladang dan menyebabkan jerebu yang amat teruk. Sudah tiba masanya untuk kita mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sudah tentu, tidak membiarkan enjin berjalan ketika kereta berhenti apabila menghantar anak ke sekolah adalah cara yang baik untuk sekurang-kurangnya menolong mengurangkan pencemaran. Ada lagi tip-tip lain yang boleh kita ikuti. Para saintis di Utah University telah memerhati cara kita memandu dan di manakah emisi ekzos lebih banyak dilepaskan. Bertentangan dengan kepercayaan popular, ia bukan jenis ‘Boy Racer’ yang lebih muda yang menghasilkan lebih banyak emisi tetapi pemandu yang lebih berumur dan berpengalaman (seperti saya) yang mengakibatkan pencemaran.

Perbezaannya tidak kecil. Pemandu yang lebih berumur menghasilkan kira-kira 50% lebih banyak pelepasan ekzos daripada pemandu yang lebih muda, hanya kerana yang muda lebih perlahan menekan minyak untuk memecut, menekan brek dan menggunakan kuasa yang kurang apabila memandu di kawasan berbukit. Dan jangan berfikir bahawa menggunakan kereta elektrik akan menyelesaikan semua pencemaran yang berkaitan dengan kereta; satu lagi kajian menunjukkan bahawa pengguna kereta elektrik lebih cenderung mempercepatkan kenderaan mereka berbanding dengan pengguna kenderaan ICE (internal combustion engine) mengakibatkan penggunaan kuasa yang lebih dan pencemaran daripada kehausan tayar.

 

Anda juga boleh menggunakan X-1R. Rawatan X-1R Engine Treatment terbukti mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 10% atau lebih dan X-1R Fuel Treatment sebanyak kira-kira 2%, dan kedua-duanya boleh mengurangkan emisi ekzos.

Untuk anda di Asia Tenggara yang sedang menderita disebabkan oleh masalah jerebu sekarang ini, anda mungkin ingin memikirkan tentang kenderaan anda. Kenderaan kita juga bernafas gas beracun yang sama seperti kita. Ia memasuki ke dalam system bahan api, crankcase dan system penapisan udara kenderaan. Anda mungkin mahu berbincang dengan mekanik anda tentang menggunakan X-1R Engine Flush ketika servis yang akan datang dan pastikan anda servis penapis udara juga.

This article was originally published here

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *